
Pempengaruh dan personaliti media sosial, Ryan Bakery berkongsi khabar duka apabila isterinya, Elyia Ibrahim mengalami keguguran buat kali kedua.
Menerusi satu hantaran di Instagram baru-baru ini, Ryan meluahkan rasa sedih atas kehilangan yang terpaksa dilalui mereka. Namun menurutnya, kesakitan tersebut tentunya lebih berat buat seorang ibu yang perlu menanggung kesannya dari sudut fizikal mahupun emosi.
“Sakit merasa kehilangan, sakit lagi ibu yang menanggungnya. Fizikal mahupun mental.
“Isteri saya keguguran buat kali kedua. Tak mengapa sayang, kita dah buat yang terbaik. Reda atas segalanya. Ikhlas menerimanya.
“Yang penting, saya nak awak kembali sihat,” tulisnya.
View this post on Instagram
Utamakan Kesihatan Isteri
Biarpun bukan mudah untuk menerima kehilangan buat kali kedua, Ryan memilih untuk reda dengan apa yang berlaku selepas merasakan mereka sudah melakukan sebaik mungkin.
Dalam tempoh sukar ini, apa yang lebih menjadi keutamaannya adalah untuk melihat Elyia kembali pulih dan berada dalam keadaan sihat.
Pada masa sama, Ryan turut menitipkan kata-kata semangat kepada para ibu yang pernah atau sedang melalui pengalaman kehilangan kandungan.
“Kepada ibu-ibu di luar sana yang menghadapi perkara yang sama, saya doakan moga cepat sembuh. Kuatkan semangat. Ada rezeki lain. Insya-Allah,” katanya.
Tidak melupakan pasangan yang masih menantikan kehadiran cahaya mata, Ryan turut mendoakan agar rezeki mereka dipermudahkan.
“Kepada yang masih menanti cahaya mata, saya doakan moga dilancarkan rezeki kalian, dipermudahkan segala urusan. Amin,” tulisnya lagi.
Ramai Titip Doa & Kata Semangat
Menjengah ke ruangan komen, perkongsian tersebut menerima pelbagai reaksi daripada pengikut yang bersimpati dengan kehilangan dialami Ryan dan Elyia.
Rata-rata menitipkan doa agar Elyia diberikan kesihatan serta kekuatan sepanjang tempoh pemulihan, selain berharap pasangan itu terus tabah berdepan ujian tersebut.
Tidak kurang juga yang berkongsi kata-kata semangat buat Ryan sekeluarga, khususnya selepas mengetahui ini merupakan kali kedua Elyia berdepan pengalaman keguguran.
Untuk rekod, Ryan dan Elyia mendirikan rumah tangga pada 1 Oktober 2022. Pasangan berkenaan kemudiannya dikurniakan cahaya mata sulung, Ryan Ezra, yang dilahirkan pada 30 Disember 2023.
Sumber : Instagram ryanfahmibakery
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram, TikTok dan Threads rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
























