Adunan rona gelap yang melunturkan solekan manakala rona cerah pula akan menonjolkan solekan. Gunakan konsep ini untuk mencipta wajah yang runcing daripada sebenar. Cuba adunkan warna kontur atau matte bronzer satu atau dua rona lebih gelap daripada warna kulit dan highlighter dengan rona yang lebih cerah daripada warna kulit.
Korang bebas untuk memilih tekstur krim atau serbuk mengikut jenis kulit atau kombinasi di antara keduanya. Namun, apa juga formula yang dipilih pastikan menggunakan berus khusus untuk mengadunkan solekan tersebut.
CIPTA ILUSI
Teknik utama yang perlu dipelajari untuk mencipta ilusi pipi yang runcing ialah dengan aplikasi kontur dari daerah tengah pipi membawa ke hujung telinga. Ketika mahu membuat kontur ini buat ekspresi wajah ‘fish face’ untuk mengetahui kedudukan sebenar teknik ini perlu dilakukan.
Ads
Bila sudah berjumpa dengan tempat yang betul, adunkan kontur dengan berus menjadi sempurna. Lebih tinggi peletakan kontur ini lebih tajam tulang pipi anda akan kelihatan. Akhiri dengan menyapu highlighter sepanjang tulang pipi yang akan membantu menyerlahkan teknik kontur tadi.
APR 25 2019 NONA ANIS 2 MAKE OVER
HIDUNG MANCUNG
Teknik solekan kontur benar-benar telah membuat pipi kelihatan lebih runcing atau kurus daripada pipi yang asal. Apabila pipi sudah sempurna bentuk hidung pula perlu diperindah. Bagi mencipta hidung yang lebih sempurna sapu contouring powder di kiri dan kanan tulang hidung.
Berhenti pada lubang hidung kemudian adunkan highlighter menghala ke luar batang hidung dalam arah vertikal demi mencipta hidung yang lebih mancung.
KECILKAN RAHANG
Solekan merupakan solusi penting mengatasi setiap kekurangan yang tercipta pada wajah. Rahang yang besar boleh dikecilkan dengan teknik yang betul. Sebenarnya mudah sahaja untuk mengecilkan rahang melalui solekan iaitu dengan aplikasi bronzer.
Ads
Sapukan bronzer sepanjang garis rahang dan adunkan untuk mencipta bentuk rahang yang diinginkan. Teknik ini juga sangat penting jika anda mahu menyembunyikan dagu berlapis pada setiap potret yang dirakam.
ATURAN MATA DAN BIBIR
Bibir yang penuh mempertegaskan wajah bulat namun, mata yang besar melalui solekan mampu mencipta wajah yang lebih kecil secara perbandingan. Jadi, cuba bermain dengan pengalit mata, pembayang mata dan maskara serta lipstik natural atau hanya pelembap bibir sahaja.
PEMBAYANG MATA
Ads
Kuasa pembayang mata begitu penting dalam setiap solekan. Cipta pembayang mata dengan lengkung yang lebih jelas membantu menyeimbangkan bentuk wajah bulat secara vertikal. Secara praktikalnya lakarkan pembayang mata dalam aturan dari kelopak mata ke atas sehingga kening.
HIGHLIGHTING
Bermain dengan teknik highlighting demi mencipta keseimbangan dan ilusi runcing pada wajah. Mula dengan bermain highlighting di tengah-tengah wajah dan di antara kening, sisi hidung, atas bibir dan tengah-tengah dagu. Jangan lupa pula di dahi, adun rona kontur menghala ke kepala dan sekitar garisan anak rambut untuk menekankan struktur tulang dahi.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Baru berusia 23 tahun namun dia sudah bergelar juara dunia, dan mengungguli beberapa pertandingan tenis antarabangsa. Siapa boleh lupa kemenangannya ke atas Serena William di pertandingan US Open pada tahun 2018 yang mencetus kontroversi apabila penonton yang berada di stadium seolah-olah bersorak sinis tidak merestui kemenangan tersebut.
Kini namanya semakin bersinar dan menjadi perhatian ramai. Naomi yang merupakan anak kacukan yang mana ibunya merupakan warga jati Hokkaido, Jepun dan ayahnya pula merupakan lelaki asal dari dari daerah Jacmel, Haiti. Memiliki dua kewarganegaraan dia membesar di AS namun bertanding mewakili negara kelahirannya iaitu Jepun.
Naomi bersama Nicolas Ghesquiere. Sumber gambar: Louis Vuitton
Terbaharu, bintang muda ini telah diumumkan sebagai duta baru jenama mewah Louis Vuitton. Ini merupakan kali pertama Naomi menjadi wajah kepada jenama mewah dan dia akan menghiasi kempen musim bunga/panas 2021 Louis Vuitton oleh pereka fesyen Perancis dan juga Pengarah Kreatif jenama tersebut, Nicolas Ghesquiere.
Menurut kenyataan jenama mewah berusia ratusan tahun ini, Naomi merupakan lambang seorang wanita yang bebas, moden serta serba boleh. Dalam hantaran di laman Instagram Nicolas Ghesquiere berkata, “Naomi merupakan seorang wanita hebat yang mewakili generasinya dan juga merupakan suri teladan kepada semua. Kerjaya dan keyakinannya sangat memberi inspirasi.”
Menghiasi kulit majalah fesyen Vogue bagi edisi Januari 2021 dalam persalinan Louis Vuitton. Sumber gambar: Vogue US
Tinjauan di Instagram Naomi pula, dia meluahkan perasaan teruja dengan pemilihannya sebagai wajah baru jenama tersebut dan dia berkongsi momen Louis Vuitton yang pernah di lalui. Kongsinya, “Saya membelikan ibu beg Louis Vuitton Ketika berusia 16 tahun sebagai hadiah harijadi kepadanya. Sejak itu ia telah menjadi tradisi. Adakah ini kitaran kehidupan? Ya!”
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Memiliki kulit sihat, cantik tanpa cela dan juga mulus adalah impian perempuan DAN lelaki.
Sekali-sekala membelai wajah di spa memang ‘syok’. Selepas terasa stres pada setiap hari ditambah pula dengan pencemaran sekeliling, muka akan cepat ‘tua’ dari usia sebenar.
Jadi REMAJA ingin berikan berita baik buat korang yang suka menjaga penampilan dan kesihatan kulit wajah. Kami bersama pihak MBH Medispa ingin memberikan hadiah berupa baucar kepada korang yang setia bersama kami.
Tapi sebelum itu, penulis tertanya-tanya juga apakah antara rawatan yang ditawarkan oleh mereka?
Kelebihan yang ada pada MBH Medispa adalah produk mereka yang dijamin Halal dan selamat. Selain itu, korang juga mudah untuk mencari 27 buah cawangan mereka di seluruh negara.
MBH Medispa baru-baru ini melancarkan rawatan baharu bernama MBH Therapeutic Face Massage pada harga promosi RM69.
Tentunya harga ini masih berada dalam bajet bulan di kalangan pelanggan mereka yang mengidamkan kulit sihat dan berseri.
Istimewanya, MBH Therapeutic Face Theraphy menggunakan teknik urutan pressure point di titik-titik tertentu pada muka untuk melancarkan peredaran darah, memberi kesan relaks dan menghilangkan lingkaran gelap bawah mata.
MBH VAMPIRE DRAGON’S BLOOD ANTI SCAR
Bagi yang hendak merawat masalah kedutan atau garis halus, parut jerawat dan kulit kering pula, rawatan MBH Vampire Dragon’s Blood Anti Scar menggunakan serum pokok naga berdarah.
Mengikut kajian, bahan rawatan unik ini terhasil daripada pokok naga dari pulau Socotra di Timur Tanduk, Afrika yang bertindak sebagai kologen merawat tisu kulit yang telah rosak.
KOREAN SPARKLING SKIN RENEWAL
Ini pula adalah rawatan berisi silitox saiz mikro iaitu bahan aktif untuk memperbaiki kulit, mengurangkan kesan jerawat dan memberi kesan pemutihan kulit.
So kalau korang nak merasai rawatan ini secara PERCUMA, cepat-cepat jawab soalan ini di bawah okay! Tarikh tutup penyertaan adalah pada 30 November 2019.
*
Peraduan MBH Medispa
Selain peraduan bersama remaja, MBH Medispa juga sedang menawarkan baucar tunai bernilai RM10 untuk ditebus pada 26 Oktober kepada pelanggan mereka yang memuat naik gambar di media sosial dengan hashtag #ipergimbh.
Selain itu, hadiah berupa wang tunai sebanyak RM1000 juga menanti pemenang yang melengkapkan contest #ipergimbh.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Terbaru, penyanyi dan anggota kumpulan AESPA, Karina membuat satu kenyataan mengejutkan apabila dia mengatakan bahawa dia secara peribadi ingin menjalankan kehidupan dengan wajah berbeza dan kurang memahami mengapa ramai yang memuji dirinya cantik.
Menerusi sebuah video yang dimuat naik di Youtube KBS Kpop dibawah rancangan berjudul ‘Lee Mujin Service’ episod ke-137, pengacara bertanya jika Karina atau nama sebenar Yu Ji Min (24) berpuas hati atau bersyukur dengan bentuk wajahnya selama ini.
Walau bagaimanapun, ketua kumpulan AESPA itu berkata dia kurang menyukai bentuk wajahnya namun bersyukur bila ada yang mengatakan dia cantik.
“Saya rasa wajah saya berpolar. Tapi saya bersyukur apabila orang kata saya cantik, tetapi secara jujurnya, kadang-kadang saya tidak begitu faham kenapa mereka cakap sedemikian”
Ujar penyanyi yang digelar sebagai wanita ‘AI-Goddess’ itu lagi, dia mempunyai bentuk muka tajam dan kadang kala tertanya bagaimana rasa jika mempunyai bentuk wajah yang lebih lembut dan bulat.
“Wajah kegemaran saya adalah seperti senior Shin Min Ah, Shin Se Kyung, dan Jun Ji Hyun!,” jelas pelantun lagu Drama, Supernova dan Armageddon itu.
Selain dari itu, Karina juga menambah bahawa dia cukup menyukai wajah manis dan lembut pelakon Park Bo Young serta mengaku bahawa dia ingin cuba merasai perasaan memiliki bentuk wajah sedemikian sekurangnya sekali seumur hidup.
Sekadar info, Karina AESPA baru sahaja melancarkan lagu single terbarunya secara rasmi berjudul ‘Up’. Sebelum ini, lagu tersebut hanya dinyanyikan secara tidak rasmi, namun selepas beberapa bulan diatas permintaan peminat, ‘Up’ telah dimuat naik dan meraih perhatian di semua platform penstriman muzik.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!