Rumah Asal Filem Scream Disenaraikan Dalam Air BnB Dengan Harga $5

Share

Bagi peminat filem seram yang ingin ‘merasakan’ bagaimana agaknya berada di kediaman mengerikan, korang kini berpeluang untuk merasai pengalaman mendiami rumah asal yang dipaparkan dalam filem Scream.

Filem seram bersiri popular sekitar 90-an ini menyambut ulang tahun ke-25 dan sebagai promosi menjelang penyiaran filem terbaharu siri Scream pada tahun 2022, rumah asal lokasi penggambaran filem itu telah pun disenaraikan dalam perkhidmatan Air BnB.

Foto: Air BnB

Pengunjung akan disambut secara maya oleh Sheriff Dewey Riley, yang dimainkan oleh pelakon asal David Arquette.

Mereka juga turut berpeluang menggunakan telefon yang digunakan dalam filem itu, selain dapat menonton kesemua siri Scream dan menikmati popcorn yang disajikan bersama Reddi-whip.

Tempahan dibuka untuk empat tetamu setiap hari, manakala tempahan istimewa boleh dibuat untuk tiga malam berturut-turut pada hujung minggu Halloween dari 27 Oktober hingga 30 Oktober.

Foto: Air BnB

Tempahan mula dibuka pada 12 Oktober ini di laman web Air BnB.

Penginapan ini disewakan dengan harga $5 atau sekitar RM20.92 sahaja.

Mangsa ‘Ghostface’, iaitu tetamu bertuah akan dilayan oleh penjaga secara penjarakan sosial di setiap Air BnB. Jika wabak pandemic memaksa mereka untuk membatalkan penginapan, tetamu akan menerima kredit sebanyak $1,000 oleh Air BnB.

Wah, bagi peminat tegar siri seram ini, bolehlah mengambil peluang untuk merasai sendiri pengalaman di rumah ‘misteri’. Hiks!

Sumber: (1)

IKLAN