Rona merah semakin menjadi pilihan dalam penggayaan tidak mengira usia. Jika sebelum ini ramai yang seperti tidak yakin untuk mengenakan warna tersebut, kini dunia fesyen semakin meluas. Rona merah sememangnya mudah di ‘match’ bagi individu yang bijak memilih warna.
Bagi industri fesyen sendiri, Kita dapat lihat warna merah terus menyemarakkan landskap fesyen antarabangsa dan tempatan sejak sekian lama. Kebanyakan pereka bereksperimentasi dengan segala rona merah bersama warna yang ada.
Menurut perkongsian Pensyarah Kanan Jabatan Fesyen, Fakulti Seni Lukis dan Seni Reka,
Universiti Teknologi Mara, Shah Alam, Faizal Hamid, warna terang atau gelap yang lain boleh dipadankan dengan pakaian rona merah untuk gaya berani dan feminin.
Selain itu, bagi memberi impak pada penampilan, variasi rona merah menjadi pilihan pada pakaian, aksesori dan alat solek selain warna berkenaan itu juga lebih hebat apabila digandingkan dengan hitam, jingga, merah muda terang mahupun perang.
Ads
Bangkitkan emosi
Rona merah adalah warna yang cukup terang dan kontras. Ia dapat membangkitkan pelbagai emosi jika dibandingkan dengan warna lain dan mungkin dapat meriah perhatian. Oleh itu, jika tidak cukup yakin dan selesa dengan warna ini, mungkin anda perlu elakkan trend ini.
Anda cuba dahulu sedikit demi sedikit warna ini dalam penampilan sehingga rasa cukup selesa untuk menggayakannya secara keseluruhan. Sentiasalah eksplorasi dan eksperimentasi untuk mendapatkan hasil yang paling sempurna bagi setiap individu.
Ads
Serikan wajah
Bagi gaya parti atau majlis tertentu, gayakan gaun parti dan skirt merah dalam fabrik tulle ala Dior untuk lebih anggun serta feminin. Rona merah yang sesuai juga boleh menyeri dan menyerlahkan lagi wajah dan tona kulit. Cuba gayakan reka corak dalam rona merah supaya kelihatan lebih ceria dan segar pada penampilan.
Ads
Gaya maskulin
Bagi yang gemarkan elemen gaya maskulin, dapatkan kemeja kotak-kotak rona merah dan padankan dengan jean biru serta but atau pumps untuk suntikan feminin. Anda juga boleh cuba padanan kot atau blazer merah dengan kemeja-T putih dan skinny jean serta kasut pumps sebagai pelengkap gaya. Kasut but rona merah cukup stylish dipadankan dengan jean biru dan baju panas high-neck dalam rona krim.
Aksesori ringkas
Untuk gaya jalanan yang hip, dapatkan hoodies saiz besar dalam rona merah. Gaya ini kontemporari dan hebat dengan konsep hyper haute. Tidak perlu aksesori yang berlebihan dengan gaya ini, cukuplah dengan aksesori ringkas dan paling minimum supaya rona merah menjadi fokus penampilan.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Siapa tak kenal Lim Ji Yeon, aktres Korea dan bintang ‘The Tale of Lady Ok’ yang bukan saja berbakat tapi juga cun melecun! Yang paling buat ramai terkejut, walaupun dia suka makan banyak, berat badan dia kekal slim je. Macam mana dia buat tu?
Rahsia Lim Ji Yeon sebenarnya bukan setakat jaga makan, tapi wanita berusia 34 tahun itu mengimbanginya dengan bersenam secara teratur. Caranya dengan jogging setiap pagi, yang secara langsung membantu mengekalkan berat badan sebanyak 48 kg.
Hadkan Makan Masin dan Pedas
Kekasih Lee Do Hyun ini juga mendedahkan petua dietnya yang katanya boleh mengurangkan berat badan sehingga 8 kg.Wah menarik!
Untuk mengekalkan bentuk badannya, Li Ji Yeon biasanya mengurangkan pengambilan karbohidrat dan mengehadkan makanan pedas dan masin. Dia makan makanan yang sihat sambil mengambil banyak teh teratai dan tomato segar.
Jika dia berasa lapar pada waktu malam, dia memilih untuk makan dua atau tiga buah bagi menahan rasa laparnya. Kaedah ini juga digunakan apabila kamu berasa ingin makan snek.
Selain berjoging, Lim Ji Yeon selalu ke gimnasium dan melakukan latihan pilates. Dilaporkan Ji Yeon boleh bersenam setiap hari jika tidak mempunyai jadual yang padat. Tidak hairanlah dia mampu menurunkan lapan kg dalam masa yang singkat walaupun tanpa bantuan ubat.
Kalau korang nak cuba petua Lim Ji Yeon ni, jangan lupa konsisten dan jaga mindset supaya proses diet tak jadi tekanan. Ingat, kesihatan dan keyakinan diri lebih penting dari angka pada penimbang!
Bila jerawat mula timbul di muka, risau bukan. Kalau boleh kita nak picit dan hilangkannya. Ada masa kita juga cemburu bila lihat kulit muka kawan lebih bersih dan nampak berseri tanpa ada cacat cela.Kalau korang nak kulit cantik, bersih, tak nampak kusam dan cantik tanpa jerawat senang je sebenarnya. Ini ada 10 tips kulit cantik.
Berikut adalah 10 tips untuk mendapatkan kulit cantik dan bebas dari jerawat.
#1. Minum air putih sekurang-kurangnya 2 liter sehari. Air adalah agen #Detox kulit terbaik!
#2. Kurangkan makanan manis seperti dessert, minuman soda, minuman instant 3in1 dan dairy-rich food. Kandungan gula yang tinggi dalam darah adalah antara punca pencetus hormonal acne. Jangan hairan kenapa dah tua pun masih naik jerawat.
#4. Kerap tukar sarung bantal. Cuba fikir berapa kerap kita tukar sarung bantal kita. Sebulan sekali? Seminggu sekali? Kulit wajah kita melekap pada sarung bantal pada waktu yang lama semasa tidur dan ia adalah antara tempat yang banyak bakteria membiak.
#5. Telefon bimbit. Rajin-rajinkan diri juga untuk lap screen dan belakang phone dengan anti-bacterial wipes. Lebih-lebih lagi yang suka bawa phone masuk toilet kannnn… Dalam satu kajian mendapati telefon bimbit juga adalah antara tempat yang paling banyak bakteria membiak.
#6.Minumlah air perahan lemon dan green tea kerana ia adalah minuman detox tinggi antioksida. Terbaik untuk lawan acne dan cuci dalaman.
#7. Rajin dan disiplin diri buat rutin asas skincare 1-2-3 : 1-cuci, 2-toner, 3-pelembap/sunblock
#8. Jika anda mempunyai kulit jenis kering, elak mandi air panas atau hot shower. Mandi air biasa atau sejuk.
#9. Pakai homemade mask ringkas untuk detox. Yogurt + madu + green tea. Buat seminggu sekali untuk tarik kotoran dari dalam kulit keluar ke permukaan. Ini antara kaedah untuk purify kulit wajah.
#10. Wap/stim muka sendiri. Ambil satu bekas besar untuk letak air panas di dalamnya. Titik minyak essential 2-3 titis. Lepas tu, kelubung kepala dengan tuala dan muka dihadapkan pada bekas itu. Jarakkan muka jangan terlalu dekat sangat. Agak-agak boleh bernafas dan tidak rasa terlampau panas. Kemudian, wapkan muka selama 15 minit. Kaedah ini sangat bagus untuk membuka liang pori dan mengeluarkan kotoran dengan lebih efektif.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Untuk menjadi juara pertandingan ratu cantik, bukan hanya rupa menjadi perhatian tetapi kecerdasan minda turut menjadi taruhan. Terbaharu, Divita Rai, 23, yang merupakan seorang arkitek dan peragawati telah berjaya memenangi pertandingan Miss Diva 2022 sekaligus menggalas gelaran Miss Universe India 2022.
Untuk pengetahuan pembaca REMAJA, Miss Diva ditubuhkan pada 2013 merupakan sebahagian daripada pertandingan ratu Miss India Femina, yang bertujuan untuk memilih wakil India ke pertandingan Miss Universe, salah satu pertandingan kecantikan antarabangsa yang berprestij tinggi.
Sejurus selepas kemenangan gadis cantik ini menyatakan keterujaan dan juga rasa terkejut setelah diberi kepercayaan untuk memegang jenama tersebut. Ujarnya, “Saya akhirnya mempunyai mahkota ini di kepala saya. Ia sukar dipercayai, saya benar-benar tidak mempunyai kata-kata.”
Merupakan graduan Kolej Senibina Sir J.J, Divita yang berasal dari Kartanaka menerima mahkota daripada Miss Universe 2021, Harnaaz Sandhu yang juga merupakan pemenang Miss Diva Universe 2021.
Satu fakta menarik tentang kemenangan Divita, semnagat yang dimilikinya merupakan sebuah lambang tidak putus asa. Dia sebenarnya merupakan seorang finalis Miss Diva 2021 dan mendapat tempat ketiga. Kembali lagi tahun ini dia membuktikan yang di berhak mewakili India ke pentas antarabangsa.
“Ramai di antara kita mempunyai persepsi bahawa wanita harus mempunyai rambut panjang, mereka harus mempunyai jenis rupa dan badan tertentu. Tetapi dengan setiap pemenang, saya rasa kita cuba memecahkan stereotaip tersebut. Saya rasa seseorang hanya perlu mempunyai hati yang baik, niat yang baik dan minda berorientasikan matlamat.
“Jika anda boleh melakukannya dan mempunyai keyakinan pada diri sendiri, anda boleh mewakili diri anda dan negara anda dengan baik. Dan itulah perkara yang harus kita sentiasa bincangkan, kecantikan itu bukan hanya terhad kepada sebilangan orang sahaja. Perkara yang anda rasa dari dalam, apa yang anda katakan dan impaknya sangat penting,” kongsinya dalam satu temubual.
Adakah Divita akan berjaya memenangi pertaningan Miss Universe 2022 sekaligus memecah rekod kejuaraan back-to-back bagi India? Sama-sama kita nantikan.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Khairul Aming Ramadan sekali lagi mencuri perhatian apabila sanggup merakam video 30 hari 30 resipi selama hampir 14 jam walaupun sibuk mengurus restoran Rembayung.