Rider Food Panda Ipoh Kongsi Rezeki, Sedih Bila Tengok Gelandangan Serbu Tadah Tangan

Share

Dalam ramai terkesan dengan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) terutama bagi mereka yang makan gaji hari yang mengeluh makanan sudah hampir habis, sudah pastilah nasib gelandangan jauh berbeza. Sudahlah tiada rumah untuk berehat dari cuaca panas, tidur pun pasti berbumbungkan langit tanpa menghirau digigit nyamuk.

Jika dahulu ada juga individu yang hulur-hulurkan makanan atau gelandangan mencari-cari kotak buat jualan, sudah pasti pekerjaan itu tidak dapat dilakukan seketika kerana banyak perniagaan terhenti.

Apa pun kita memang terkenal sebagai sebuah negara yang saling bantu membantu. Kata orang kongsi rezeki bersama. Apa yang dilakukan oleh geng-geng rider Food Panda Ipoh yang  telah mengagihkan makanan kepada golongan gelandangan satu usaha cukup terpuji. Lebih sebak, duit dikumpul itu adalah hasil pendapatan mereka selama 4 hari namun dibelanjakan untuk membantu golongan tidak bernasib baik ini.

Ramai yang mengucapkan tahniah kerana sikap prihatin geng-geng rider ini. Namun ada yang lebih menyayat hati ialah bila mana satu rakaman menunjukkan golongan gelandangan ini berkejar ke arah geng-geng food rider sebaik mereka berhenti untuk membuat agihan. Seolah sudah lama tidak menikmati makan. Apa pun, terima kasih geng rider Food Panda Perak yang prihatin ini.

Tonton video di bawah bagaimana gelandangan berkejar pada rider food panda untuk menikmati rezeki hari ini.

Gambar : Viral Perak

 

 

IKLAN