Ribuan Rakyat Kena ‘Scam’, Terima Vaksin ‘Air Garam’ Di India

Share

Bila menonton filem tamil mahupun Hindustan, kita sering disajikan adegan polis menerima rasuah dari pemimpin politik, gangster dan juga orang berkepentingan. Jika sudah menerima rasuah, biasanya semua kesalahan ditutup sebelah mata saja.

Terkini, bagaikan adegan dalam filem, menurut laporan CNN  sebanyak 2,500 orang dianggarkan telah menerima vaksin COVID-19 palsu. Pihak bertanggungjawab dianggarkan telah memperoleh keuntungan sekitar USD$ 28,000 dari vaksin palsu.

Menurut seorang pegawai kanan di jabatan polis Mumbai, vaksin palsu yang diberikan tersebut mengandungi air garam. Vaksin tersebut disuntik kepada mereka yang menunggu untuk mendapatkan vaksin di 12 pusat vaksinasi ini.

14 orang ditahan oleh polis India kerana disyaki menipu, cuba membunuh, konspirasi jenayah dan tuduhan berat yang lain. Jumlah suspek berkemungkinan meningkat seiring dengan siasatan yang sedang dijalankan oleh polis.

Penyediaan vaksin palsu ini menambah penderitaan yang ditanggung oleh rakyat India.

Untuk rekod, India telah mengeluarkan vaksin sendiri yang didakwa berkesan sehingga 78 peratus terhadap jangkitan simptomatik.  Perdana Menteri India Narendra Modi mengumumkan pada bulan Jun bahawa vaksin itu akan diberikan secara percuma kepada semua rakyatnya.

Dari bulan April hingga awal bulan Jun, India dilanda gelombang kedua COVID-19 yang telah menjangkiti berjuta-juta dan membunuh puluhan ribu orang di seluruh India.

Perghhhh, benda ini pun nak dibuat main. Itu lah bila wang menguasai semuanya.

 

IKLAN