
Di saat sedang melalui kemelut rumah tangga, perjalanan kerjaya Kamal Adli nampaknya terus memberi sinar baharu. Rezeki aktor ini kian melimpah-ruah apabila satu demi satu tawaran datang tanpa henti.
Menerusi satu hantaran di Instagram, Kamal berkongsi perkembangan terbarunya apabila dipilih sebagai wajah promosi jenama makanan popular, Pak Mat Western.

“Juruwang baru Pak Mat Western,” tulisnya ringkas.
Pengumuman itu segera menarik perhatian para peminat yang rata-rata gembira melihat Kamal bangkit kembali membina momentum kerjayanya. Pelakon drama Dia Imamku itu dipuji ramai kerana kekal kuat dan fokus walaupun sedang diuji konflik rumah tangga.
Ruangan komen turut dibanjiri dengan doa dan kata-kata semangat buat juri tetap rancangan Dewi Remaja 2025 itu.
“Aku nampak aura Fattah Amin, Kamal ni biasa saja sebelum ni, tapi aku kagum dengan usaha dia nak selamatkan rumah tangga. Semoga berjaya, Kamal Adli,” tulis satu akaun lain.

“Semoga rezeki Kamal mengalir tanpa henti, makin terbuka luas pintu-pintunya,” ujar seorang pengikut.
Pak Mat Western sebelum ini memang sinonim dengan pemilihan personaliti terkenal untuk mempromosikan produk mereka. Malah, jenama tersebut sering bijak mengambil peluang mengetengahkan selebriti ketika nama mereka sedang ‘panas’.
Sekadar info, rumah tangga Kamal Adli dan isterinya, Uqasha Senrose, dilaporkan goyah selepas Uqasha memfailkan permohonan cerai pada 1 Oktober lalu atas alasan tiada persefahaman. Pasangan ini mendirikan rumah tangga pada 4 November 2021 dan dikurniakan seorang cahaya mata perempuan yang kini berusia 19 bulan.

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup?
Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!

