Rezeki Ramadan, Tealive Tawar Harga RM2.50 Sehingga 15 Jun Ini

Share

Dah masuk bulan Ramadan ni, macam-macam pula harga promosi yang ditawarkan yang membuatkan kita rasa ‘gila’ nak membeli.

Berita baik untuk korang yang suka minuman bubble tea, Tealive

dan Touch n Go eWallet telah pun bekerjasama untuk Kempen Raya dengan memberikan pelbagai promosi dan diskaun minuman terpilih jika bayaran dibuat menggunakan aplikasi Touch n Go eWallet ini.

Bermula 5 Mei hingga 15 Jun 2019, korang boleh mendapatkan minuman Tealive pada harga RM2.50 saja dengan syarat kena bayar guna Touch n Go eWallet.

Walau bagaimanapun, tawaran ini hanyalah untuk minuman yang berharga RM6.50 dan terhad kepada satu pembelian untuk satu transaction.

Apa-apa pun, korang memang boleh jimat banyak dengan menggunakan aplikasi tersebut. Lagi-lagi di bulan puasa ni, cuaca panas mesti tekak pun haus gila kan?

Jadi apa lagi, sebelum berbuka tu singgah dululah ke cawangan Tealive yang berdekatan. Hiks!

 

IKLAN