Tidak semua orang berpeluang menyarung jubah konvokesyen bersama anak sendiri. Namun bagi graduan Fakulti Kejuruteraan Awam dan Alam Bina, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM), Dr. Norshila Abu Bakar, 51, momen itu menjadi hadiah paling manis selepas sebuah perjalanan yang penuh pengorbanan.

Beliau yang bersyukur menerima Ijazah Doktor Falsafah (PhD) Kejuruteraan Awam pada Istiadat Konvokesyen ke-25 UTHM hari ini, berkongsi kegembiraan yang berlipat ganda kerana anak sulungnya, Akmal Hafiz Nurhizal Azam, 25, turut menamatkan pengajian dengan Ijazah Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan Awam (Alam Sekitar) pada hari yang sama.

Tertunda Dua Tahun, Tetapi Penuh Hikmah

Mengimbau kembali perjalanan PhD yang tidak mudah, pensyarah Politeknik Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah itu mengakui beliau hampir melupakan impian tersebut sewaktu pandemik COVID-19. Banyak penyelidikan dan tugasan makmal terpaksa ditangguhkan sehingga dua tahun.

“Ketika itu saya hanya menghabiskan masa di rumah. Itulah, mungkin ada hikmahnya saya lambat habis untuk PhD ini. Hari ini saya dapat berkonvo, menerima sijil dan memakai jubah bersama-sama anak saya ini.

“Rezeki Berjubah Bersama Anak” —Ibu & Anak Rai Detik Konvokesyen Paling Bermakna Bersama Di UTHM

Ads

“Bukan sahaja gembira tetapi lebih kepada bersyukur, sesuatu yang berlaku itu pasti ada hikmahnya,”katanya kepada pemberita.

Lebih menyentuh hati, Dr. Norshila berkongsi bahawa ketika beliau menerima skrol ijazah sarjana 25 tahun lalu juga di UTHM, Akmal sebenarnya turut berada bersamanya, sebagai bayi berusia empat bulan dalam kandungan.

“Ibu Sentiasa Ada” —Inspirasi Buat Akmal

Bagi Akmal pula, figura ibunya bukan hanya seorang ibu, tetapi juga mentor dan guru yang banyak membimbingnya di sepanjang pengajian sejak melangkah ke UTHM pada 2021.

Ads

“Saya ini asalnya pelajar aliran sastera tetapi sokongan ibu, tunjuk ajar ibu yang juga berada di UTHM, saya bersemangat untuk terus belajar… kerana ibu sentiasa ada.

“Malah ketika PKP, ibu turut membantu saya belajar secara dalam talian,” katanya.

Ads

Semangat dan sinergi dua beranak ini jelas membuktikan bahawa laluan akademik seseorang bukan diukur dari mana mereka bermula, tetapi siapa yang menjadi penyokong utama dalam perjalanan itu.

Istiadat Konvokesyen UTHM yang berlangsung dari hari ini hingga 11 Disember menyaksikan 4,915 graduandiraikan yang terdiri daripada 142 penerima PhD, 393 penerima ijazah sarjana, 3,610 pemegang ijazah sarjana muda dan 770 graduan diploma.

“Rezeki Berjubah Bersama Anak” —Ibu & Anak Rai Detik Konvokesyen Paling Bermakna Bersama Di UTHM
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup?

Ikuti TelegramInstagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

SUMBER: Bernama

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di
Download sekarang!

KLIK DI SEENI
Ads