Restoran Rembayung: Pendedahan Projek Besar Khairul Aming

Pempengaruh dan usahawan terkenal, Khairul Aming, akhirnya mendedahkan projek besar yang disimpannya selama setahun: pembukaan restoran Rembayung.

Pengumuman itu sekaligus menggegarkan dunia F&B tempatan dan mencetuskan keterujaan luar biasa dalam kalangan remaja serta para peminat yang membesar dengan konten masakannya.

Melalui pengumuman rasmi di media sosial, Khairul Aming menyatakan bahawa Rembayung merupakan pelaburan terbesar dalam kariernya sepanjang 10 tahun berkecimpung dalam dunia digital dan perniagaan makanan.

Projek itu menelan kos RM4 juta, dibina from scratch di atas tanah kosong seluas 8,000 kaki persegi di Kampung Baru yang merupakan lokasi strategik bagi kelompok foodies di sekitar Kuala Lumpur.

Ads

Projek Terbesar Dalam Kerjaya Khairul Aming

“Selepas setahun simpan rahsia, I’m pleased to announce restoran pertama Khairulaming,” tulisnya. Beliau turut menjelaskan bahawa restoran Rembayung dibangunkan daripada tapak kosong—suatu komitmen besar yang menunjukkan kesungguhannya untuk menghasilkan sebuah restoran berkualiti tinggi, bukan sekadar menumpang bangunan sedia ada.

Dengan kejayaan produk-produk viralnya seperti Sambal Nyet dan Dendeng Nyet, Khairul Aming melihat sudah tiba waktunya untuk melangkah ke fasa baharu dalam perkembangan empayar perniagaannya.

Langkah Baharu Ke Dunia Offline

“Selepas 10 tahun dalam dunia online, I’m finally ready untuk mulakan langkah ke dunia offline. Ini adalah permulaan untuk planning KA 10 tahun yang seterusnya. Selamat datang ke Rembayung,” katanya.

Kenyataan ini memperlihatkan visi jangka panjang beliau – bahawa restoran Rembayung bukan sekadar sebuah restoran, tetapi permulaan kepada perjalanan perniagaan berskala lebih besar dalam industri makanan fizikal.

Ads

Restoran Rembayung: Projek RM4 Juta Khairul Aming Yang Menggegarkan Dunia F&B

Keterujaan Peminat & Industri F&B

Pengumuman ini segera menjadi bualan hangat. Ramai peminat meluahkan rasa bangga dan tidak sabar menantikan pembukaan Rembayung yang dijangka menjadi antara pembukaan restoran paling besar tahun ini. Pemain industri F&B juga tertarik dengan langkah berani Khairul Aming yang berjaya bertukar daripada pencipta konten digital kepada usahawan restoran sepenuhnya.

Ads

Walaupun konsep dalaman dan menu masih dirahsiakan, ramai yakin bahawa ia bakal mencerminkan sentuhan moden, kemas dan penuh identiti Khairul Aming—seperti gaya masakan serta personaliti yang menjadikannya inspirasi ramai belia.

Rembayung: Bab Baharu Bermula

Dengan ucapan simbolik “Selamat datang ke Rembayung”, projek RM4 juta ini menandakan permulaan era baharu dalam empayar Khairul Aming. Restoran Rembayung bukan sahaja membuka lembaran baharu untuk dirinya sebagai usahawan, tetapi turut memberi motivasi kepada generasi muda bahawa minat dan konsistensi boleh membina kejayaan yang kukuh.

Majalah Remaja mengucapkan tahniah atas pencapaian luar biasa ini.
Siapa tak sabar nak jadi pelanggan pertama Rembayung nanti? 🍽️✨

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di
Download sekarang!

KLIK DI SEENI
Ads