Resipi Oreo Red Velvet Cheese Cake Guna 6 Bahan Tanpa Oven

Share

Pemanis mulut antara menjadi kegemaran kebanyakan daripada masyarakat kita, terutamanya seleksi kek beraneka rasa. Ramai yang lebih suka membeli sahaja di kedai kerana menganggap cara membuat kek adalah rumit dan memakan masa.

Namun begitu, seorang pengguna Facebook yang dikenali sebagai Cek Yah telah pun berkongsi satu resipi kek, iaitu Oreo Red Velvet Cheese Cake dengan hanya menggunakan 6 bahan tanpa oven.

Nampak mudah ya. Jom kita lihat resipi yang telah dikongsikan ini.

Bahan asas kek:

– 1 pek atau 14 bungkus Oreo Red Velvet (biskut sahaja, asingkan krimnya)
– 80gm butter (dicairkan)

Bahagian cream cheese:

– 500gm cream cheese
– 250ml whipping cream
– 4 sudu besar atau 50gm gula icing
– 1 sudu besar atau 10gm serbuk gelatin
– Cream oreo yang diasingkan
– 6 biskut oreo (dicincang kasar)

Lapisan atas:

– 200ml whipping cream
– 2 sudu besar atau 25gm gula icing
– 2gm serbuk gelatin
– Sedikit red velvet emalco atau pewarna merah/pink

Cara menyediakan:

1. Tuangkan butter yang dicairkan tadi, gaul sekata

2. Bila dah sekata, tekan-tekan seperti dalam gambar supaya rata. Dah siap, simpan dalam peti ais sekejap

3. Untuk cream cheese pula, cairkan 1 sudu besar sebuk gelatin halal (boleh beli di kedai bahan bakery). Kemudian, masukkan air 5sk air panas dan kacau hingga larut. Selepas itu, rendamkan bekas tersebut dalam air panas supaya gelatin terus cair

4. 500gm cream cheese- gaul sekata. Seeloknya biarkan pada suhu bilik satu jam sebelum guna baru senang nak kacau

5. Dalam bekas lain, putar hingga kental begini. 250ml whipping cream dan 4 sudu besar gula icing

6. Masukkan 1 sudu besar air panas ke dalam krim oreo tadi dan kacau hingga sebati

7. Kemudian, masukkan krim oreo dan whipping cream dalam adunan cream cheese. Kacau sebati

8. Setelah sebati, masukkan gelatin yang dicairkan dan kacau sebati

9. 6 biskut oreo red velvet dicincang kasar dan masukkan dalam adunan

10. Selepas itu, masukkan adunan cheese ke atas based yang telah dibuat tadi

11. Bila dah rata, masukkan ke dalam peti ais

12. Untuk lapisan pink pula, larutkan sebuk gelatin dan 4sk air panas, kemudian rendam bekas dalam air panas dulu. Ketepikan

13. Putar kental 200ml whipping cream dan dua sudu besar gula icing bersama sedikit red velvet emalco atau pewarna merah/pink

14. Bila dah sekata, masukkan gelatin dan putar sekejap sahaja

15. Tuangkan atas adunan cream cheese tadi

16. Kalau ada gelembung udara jangan risau, guna lidi dan pecahkan gelembung itu. Bila dah siap, masukkan ke dalam peti ais selama 5 jam atau pun semalaman

17. Selepas semalaman, keluarkan dan guna tuala yang direndam air panas kemudian lilit tepi Loyang. Dengan cara ini kek di tepi Loyang mudah tanggal

18. Hasil selepas di keluarkan daripada loyang

19. Siap!

Hm, nampak sedap kan. Selamat mencuba!

Kalau nak lebih mudah boleh rujuk pada video dibawah.

Sumber: (1)

IKLAN