Resipi Mudah ‘Popcorn’ Ala-Ala Garrett, Buat Sendiri Lebih Berbaloi

Share

Kecur pula air liur bila terbau wangian popcorn di mall. Siapa yang tak suka popcorn atau bertih jagung kan? Memang layan, lagi-lagi bila tengah tengok movie, tambah lagikalau popcorn jenis mahal macan jenama Garrett tu.

Kalau nak beli diluar, harganya boleh tahan mahal juga. Nak jimat, apa kata korang buat sendiri di rumah. Bila buat sendiri rasa lebih berbaloi dan korang pun boleh improvised resipi tersebut menjadi lebih sedap.

Tidak mahu hanya menyediakan popcorn ‘biasa-biasa’ saja, hanya 5 bahan sahaja tapi rasanya. Fuhh.. Prosesnya memang cepat dan paling penting popcorn homemade kamu sedap seperti Garrett Popcorn!

Bahan-bahan

Foto – Fainda Farahin (Facebook)

Bertih jagung – 1 cawan
Minyak masak – 5 sudu besar
Mentega – 125 gram
Soda Bikarbonat – 1 sudu kecil
Gula perang – 1 cawan
Cara penyediaan:

  1. Masukkan minyak dan gunakan api yang kecil. Bila minyak sudah panas, masukkan bertih jagung dan kacau sebelum tutup periuk.
Foto – Fainda Farahin (Facebook)

2. Tunggu bertih jagung ‘meletup’ kesemuanya. Bila bunyi ‘pop’ sudah habis, keluarkan bertih jagung dan ketepikan.

3. Ambil kuali, masukkan gula perang dan kacau sehingga larut. Kemudian masukkan mentega dan kacau sehingga sebati.

Foto – Fainda Farahin (Facebook)

4. Masukkan soda bikarbonat dan kacau sehingga warna gula perang dan mentega berubah menjadi cerah. Kemudian, tutup api.

Foto – Fainda Farahin (Facebook)

5. Dalam mangkuk besar, masukkan bertih jagung dan tuang karamel di atasnya. Gaul sehingga karamel rata dan kena semua bahagian bertih jagung.

Foto – Fainda Farahin (Facebook)

6. Kemudian masukkan bertih jagung digaul tadi ke dalam loyang. Bakar pada suhu 150°C selama 30 minit.

Foto – Fainda Farahin (Facebook)

(P/s: Sepanjang 30 minit, keluarkan setiap 5 minit dan gaul bertih jagung dalam loyang supaya tak jadi berketul)

Foto – Fainda Farahin (Facebook)

Dan siap Garrett Popcorn! Paling penting, ia jauh lebih jimat kalau nak dibandingkan dengan harga yang dijual.

Selamat mencuba!

Sumber 

IKLAN