Resipi Mudah Garlic Bread Bersama Sup Cendawan Tanpa Perlu Guna Banyak Bahan

Share

Bila tiba hari minggu memang kebanyakan daripada kita mengambil masa ini untuk berehat di rumah sekiranya tidak mempunyai apa-apa keperluan penting di luar.

Bila dah duduk di rumah tu pula, mulalah otak berfikir nak masak apa, lebih-lebih lagi untuk minum petang.

Kali ini Remaja nak kongsikan kepada korang resipi mudah garlic bread

bersama sup cendawan daripada seorang pengguna Facebook yang dikenali sebagai Nurul Balqis.

Selamat mencuba!

Bahan-bahan:

– Sup cendawan
– Susu krimer sejat
– Bawang putih
– Butter/marjerin
– Daun parsli kering
– Roti baguette Perancis

Bahan-bahan untuk sapu pada roti:

– Butter
– Bawang putih (hiris halus-halus)
– Daun parsli kering

Cara menyediakan:

1. Gaul rata sampai jadi seperti dalam gambar dibawah. Kalau ada lebih boleh simpan dalam peti sejuk, next time boleh guna lagi

2. Potong roti Perancis secara menyerong

3. Kemudian, sapu campuran bawang putih, butter dan daun parsli pada sebelah bahagian roti sahaja

4. Goreng tanpa minyak sampai garing dan pastikan jangan hangus

5. Bahan untuk sup cendawan tersangatlah senang hanya guna sup campbell, susu cair dan daun parsli sahaja. Ada juga yang letak isi ayam dan kiub pati jadi lebih sedap. Tapi kalau nak buat simple pun boleh sahaja

6. Siap untuk dihidang

Sumber: Nurul Balqis

IKLAN