Resipi Ayam Goreng Mamak Bikin Ketagih, Lepas Ni Buat Sendiri Je Gaiss

Share

Boleh dikatakan ayam goreng mamak merupakan antara menu favorite rakyat Malaysia yang confirm oleh buat orang ketagih.

Kalau nak beli di restoran mamak, harganya mungkin boleh mencapai sehingga RM4.50 untuk seketul ayam.

Berita baik untuk peminat ayam goreng, lepas ni korang dah boleh try

sendiri buat menu ini berdasarkan resipi resipi viral yang dikongsi di laman Facebook.

Bahan-bahan:

– 1 ekor ayam

– 6 sudu besar tepung jagung

– 6 sudu besar tepung beras

– 3 tangkai daun kari

Bahan-bahan untuk dikisar:

– 6 ulas bawang putih

– 2 inci halia

– 5 tangkai cili kering

– 2 sudu besar rempah kari

– 1 biji telur

– Garam secukup rasa

– 1 sudu besar serbuk lada sulah

Cara memasak:

1. Perap ayam dengan bahan kisar, tepung jagung, tepung beras dan daun kari selama 1 jam. Lagi lama perap, lagi sedap

2. Panaskan minyak dan goreng hingga masak

Rupa-rupanya tak ada la susah sangat pun. Boleh la cuba sendiri lepas ni kan?

Selamat mencuba!

Resipi: Qhamcyahh Hidayat via Resipi Masakan Ayam

IKLAN