Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Gara-gara poster ‘Malaysia Lockdown’ yang tular di laman media sosial semalam, rakyat Malaysia terpinga-pinga sama ada ia adalah benar ataupun palsu.
Menurut Menteri Kesihatan Malaysia, Datuk Seri Dr Adham Baba menerusi laman Facebook beliau, tiada sebarang perintah lockdown dikeluarkan oleh pihak berkuasa buat masa ini.
“Mohon hentikan penyebaran khabar palsu seperti ini.
“Walau bagaimanapun, rakyat digesa terus mematuhi nasihat penjagaan kesihatan dan nasihat penjarakkan sosial 1 meter yang diberikan dari semasa ke semasa oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM),” catat beliau lagi.
*
Tinjauan netizen di ruangan komen menunjukkan rasa cemas mereka terhadap peningkatan drastik kes Covid-19 di Malaysia semalam. Ia gara-gara pengumpulan ahli tabligh dalam sebuah acara besar-besaran pada minggu lalu.
Ramai yang merasakan keperluan untuk meminta rakyat Malaysia kekal di rumah masing-masing ataupun ‘locked down’ seperti yang sedang dilakukan di China dan Itali.
Dalam pada itu, ada yang berpendapat penggunaan terma ‘lock down’ itu tidak tepat. Seharusnya mereka menggunakan terma kuarantin peribadi dan menjauhkan diri daripada tempat awam.
*
Apa pendapat korang? Adalah Malaysia memerlukan keputusan lockdown ini daripada kerajaan sekarang?
Keputusan tersebut akan diumumkan selepas mesyuarat yang akan dilangsungkan pada hari ini.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Soal gadis Muslimah dan keputusan mereka untuk berhijab di luar negara tidak pernah terpisah dengan pelbagai halangan serta tentangan daripada sesetengah pihak.
Jika dahulunya kita dengari kisah pelajar sekolah Perancis yang dipaksa menanggalkan hijabnya ketika berada di dalam kelas darjah, kali ini isu seakan sama dihadapi oleh pelajar remaja di India pula.
Khabarnya isu berhijab kini ‘panas’ dilaporkan oleh media India dek larangan pemakaiannya di sekolah dan kolej sehinggakan beberapa protes jalanan tercetus bagi menuntut hak berpakaian mereka mengikut kepercayaan agama.
Tumpuan media India kini terarah kepada seorang gadis remaja hijabi yang telah lantang dan berani berani menyuarakan hak wanita Islam dan berharap agar masyarakat di India menghormati serta mempertahankan hak tersebut.
Gadis yang dikenali sebagai Muskan Khan itu dipuji kerana berani menentang biarpun dia tahu akan kemungkinan berhadapan ancaman dan gangguan sekumpulan lelaki di luar kolejnya ketika protes semakin memuncak.
Dalam video yang tular pada hari Selasa (8 Februari 2022) itu, Muskan Khan memarkir skuter miliknya di luar bangunan Fakulti PES College of Arts, Science & Commerce di Mandya.
Secara tiba-tiba, dia diserbu sekumpulan lelaki yang melaungkan slogan anti-keagamaan terhadapnya hanya disebabkan pemakaian memakai hijab.
Muskan Khan dengan berani mengangkat tangan dan melaungkan ‘Allahu Akbar’ (Allah Maha Besar) terhadap kumpulan lelaki terbabit yang memakai skaf safron.
Katanya kepada wartawan beberapa hari kemudian, dia tidak melaungkan ‘Allahu Akhbar’ untuk menakutkan atau mencerca sekumpulan lelaki yang terlebih dahulu melaungkan kalimah ‘Jai Shri Ram’ (yang bermaksud Glory to Lord Rama) kepadanya. Sebaliknya, Muskan hanya ingin memberikan dirinya kekuatan sewaktu dia berdepan situasi tersebut.
“Saya tidak takut walaupun seorang diri berdepan dengan mereka dan akan terus memperjuangkan hak memakai hijab,” katanya.
Sebaik video tersebut tular, kumpulan lelaki yang menganggunya itu telah dikecam secara maya kerana menjadikan seorang gadis sebagai sasaran.
Menurutnya, cara berpakaian tidak pernah menjadi isu bagi pihak kolej. Hanya orang luar sahaja yang mengapi-apikannya sehingga bertukar menjadi isu kontroversi di negeri yang ditadbir parti kerjayaan Perdana Menteri Narendra Modi iaitu parti Bharatiya Janata (BJP).
Minggu lalu, sekumpulan sayap kanan Hindu di Indian telah berhimpun dan menghalang pelajar beragama Islam yang bertudung memasuki institusi pendidikan sehingga mencetuskan ketegangan antara kaum.
Negeri Karnataka di selatan India pula serta-merta menutup semua sekolah tinggi dan kolej selepas tercetus ketegangan apabila seorang gadis berhijab datang ke kelas. Suasana tegang itu berlarutan selama beberapa hari selepas beberapa sekolah di daerah pesisir pantai Udupi melarang pelajarnya untuk ke sekolah dalam keadaan berhijab.
Terdahulu pada Disember 2021, enam orang pelajar Government Pre-University College for Girls yang terletak di Udapi, India telah dihalang (barred) daripada menghadiri kelas dengan memakai hijab. Beberapa kolej lain dilaporkan menggekori tindakan kolej itu dengan turut menghalang hijabi menyertai kelas. Manakala sebilangan pelajar Hindu pula dilihat telah memakai selendang berwarna safron sebagai tanda protes.
Seperti Muskan Khan, enam gadis remaja itu telah menghantarkan protes kepada pihak berkuasa di Karnataka dengan berkata hak mereka telah dicerobohi. 10 Februari lalu, mahkamah malangnya berkata para pelajar tidak seharusnya berpakaiaan mengikut agama sehinggalah keputusan kes ini ditentukan.
*
Kes Muskan Khan ini juga telah mendapat perhatian Duta Besar Amerika Syarikat bagi Kebebasan Beragama Antarabangsa, Rashad Hussain,. Beliau telah melahirkan kebimbangan mengenai kontroversi larangan pemakaian tudung di sekolah dan kolej di selatan India, Karnataka.
Lapor Al-Jazeera, Rashid menerusi akaun Twitter Jumaat lalu telah menegaskan bahawa larangan bertudung hanya mendatangkan stigma terhadap wanita dan kanak-kanak perempuan Islam dan membuatkan mereka merasa terpinggir.
“Kebebasan beragama adalah hak seseorang, mereka seharusnya bebas ketika memilih pakaian mengikut kepercayaan dan tuntutan agama masing-masing.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Dengan arahan kuatkuasa ‘total lockdown’ yang dilakukan di seluruh negara, sudah tentu mencetuskan kerisauan di hati sebahagian rakyat Malaysia, lebih-lebih lagi kepada peniaga yang mungkin ‘kasi pagi makan pagi, kais petang makan petang’.
Walaupun dibenarkan beroperasi, namun hasil jualan yang diterima tidaklah terlalu memberangsangkan, malah ada yang mengatakan nak balik modal pun susah ketika berniaga waktu pandemik ini.
Oleh yang demikian, pasangan suami isteri Jovian Mandagie dan Nina Ismail Sabri mengambil peluang untuk membantu peniaga-peniaga kecil yang terjejas sepanjang tempoh PKP ini dengan memuat naik hantaran di IG story bagi mempromosikan perniagaan mereka secara percuma.
Nina turut menjelaskan di laman Instagram sekiranya ada peniaga kecil, instashops, restoran dan sesiapa sahaja yang berniaga, kalau nak meminta bantuan untuk dia promosikan di IG story, bolehlah whatsapp gambar kepada nombor 019-3020060.
Katanya lagi, tidak perlu hantar barang atau hadiah, dia hanya perlukan details seperti link website supaya boleh melakukan ‘swipe up’.
Bagi peniaga kecil yang tidak ada khidmat penghantaran, mereka juga boleh register di @heyho.my dan buat masa sekarang, khidmat ini diberikan percuma oleh suaminya, Jovian Mandagie.
Sehingga kini, sebanyak 200 mesej yang telah masuk dan ada yang marah kerana tidak membalasnya. Nina menjelaskan pihaknya memang tidak akan membalas kerana tidak mahu menganggu giliran. Setiap hari, dia akan mengambil 20 hingga 30 perniagaan yang paling bawah dahulu untuk dimuat naik.
Sekurang-kurangnya inisiatif ini dapat membantu ramai peniaga yang terkesan dan kami doakan agar Nina dan suami dimurahkan rezeki. Diharap agar bantuan ini dapat meringankan beban peniaga dan semoga rezeki mereka sentiasa lancar dan dipermudahkan.
Pada individu yang masih berkemampuan, mungkin korang juga boleh memainkan peranan untuk menyokong perniagaan kecil mereka. Walau tak banyak mana, setidaknya dengan satu atau dua pembelian dapat membuka rezeki peniaga-peniaga ini. InsyaAllah!