Resepi Cinnamon Roll Viral, Ekspres Betul Guna Paratha Dan Air-Fryer Je

Share

Bila dah 24 jam duduk rumah ni memang perut asyik lapar je kan?

Petang-petang ni dapat makan cinnamon roll yang viral itu memang best. Cicah pula dengan kopi, perghh.

Memang nampak menyelerakan dan mudah resepi cinnamon roll yang dikongsikan oleh Wan Ramlah Wan Rahimi menerusi Facebook ni. Menurut perkongsian Wan Ramlah Wan Rahimi, beliau hanya menggunakan beberapa bahan mudah tap perlu uli-uli tepung patut la namanya ekpress.  Buat je sendiri cinnamon roll yang gebu dan lazat seperti di kedai roti atau bakery.

Bahan utama yang digunakan Wan Ramlah untuk buat cinnamon ekspres ialah Roti Paratha…bukan roti canai tau. Haaaa…nampak saa tapi x serupa tau.

RESEPI CINNAMON ROLL EKSPRES

Bahan-bahan:

  • 4 kpg paratha
  • 3 sudu butter
  • 2 sudu nestum
  • 2 sudu susu tepung
  • 1 sudu cinnamon powder
  • 1/2 cwn gula perang

Cara-cara:

1. Mula-mula kita gaul sebati butter+nestum+susu tepung+gula perang+ serbuk cinnamon. Dah gaul nanti lebih kurang macam nilah rupa dia.

2. Kemudian susun 2 keping paratha.

Pastikan bertindan sikit kat tengah-tengah tu supaya kita boleh gulung jadi bentuk silinder dan dapat potong dengan mudah.

3. Seterusnya sapu campuran cinnamon tadi pada bahagian atas paratha nipis-nipis.

4. Gulung perlahan-lahan dengan kemas.

Lebih kurang macam ni bentuknya.

5. Bahagikan kepada 8 bahagian.

Kemudian potong 8 bahagian gulungan tadi.

6. Susun potongan cinnamon rolls pada loyang yang telah digris dengan butter.

Baca juga: Nampak Serupa, Tapi Ini 5 Perbezaan Antara Marjerin Dan Butter

7. Sedia untuk dibakar.

Panaskan AF 200/5min.

8. Bakar cinnamon rolls pada suhu 200/10min. Saya guna air fryer.

(Nak guna oven pun boleh, terpulang pada suhu oven masing-masing.) Inilah hasilnya!

Mudah sangat kan? Tak payah nak uli-uli dah. Memang best kalau ada stok paratha instant dekat rumah. Macam-macam boleh buat sebenarnya.

So tak payah nak beli cinnamon roll ni lagi, buat je sendiri dekat rumah. Jom habiskan sisa harian di petang hari dengan membuat menu resepi di rumah, yang sudah tentunya lebih sedap, lazat dan menjimatkan poket! Selamat mencuba!

IKLAN