Resepi Baru? Wanita Terkejut Jumpa ‘Telur Katak’ Masa Tengah Makan Nasi Lemak

Share

Nasi lemak tersenarai antara menu kegemaran rakyat Malaysia terutama di awal pagi. Namun ada juga yang makan nasi lemak pada sebelah malam kerana ada pelbagai jenis lauk pauk yang membangkitkan selera.

ARTIKEL BERKAITAN : Simpati Lihat Pelajar Ikat Perut, Peniaga Nasi Lemak ‘Offer’ Makanan Percuma

Namun, malang tidak berbau apabila seorang wanita terkejut selepas menjumpai bendasing seperti telur katak dalam bungkusan nasi lemak yang sedang dijamahnya.

Menerusi perkongsian seorang individu di TikTok, dia mendakwa menjumpai berbiji-biji telur kecil dipercayai telur katak, dan hanya tersedar mengenai hal itu selepas selesai menjamah makanan tersebut.

Dalam video yang dikongsi, jelas terlihat telur-telur itu seperti kulat pada daun pisang.

 

“Saya dah habiskan nasi lemak baru perasan!

“Mak saya kata itu telur katak tapi rakan saya nak sedapkan hati, dia cakap tu biji selasih. Saya tak akan makan nasi lemak bungkus daun pisang lagi selepas ini,” kata individu tersebut.

Meninjau ke ruangan komen, ramai yang mengakui terkejut selain mendakwa kemungkinan peniaga tidak lap daun pisang dengan elok sebelum digunakan untuk membungkus makanan.

Namun ada juga yang memberitahu bahawa ia bukanlah telur katak, sebaliknya telur serangga yang melekat pada daun pisang.

“Orang nak meniaga dia nak meniaga. Main asal boleh. Masalah juga ni. Memburukkan rezeki peniaga lain yang betul-betul mencari rezeki dengan elok. Inilah dikatakan sebab nila setitik rosak susu sebelanga,” komen netizen.

Aiyoo…Kalau betul telur katak  memang jijik dan memualkan ye!

BACA LAGI : Nasi Lemak, KLCC, Rumah Kampung & Kini Gunung Kinabalu. Ini Antara Kostum Nasional Miss Universe Malaysia Yang Diingati

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.


ang membangkitkan selera.

IKLAN