Resepi Bahulu Air Tangan Sendiri, Guna Blender Dan Sandwich Maker Je!

Share

Semenjak perintah kawalan pergerakan mula dilaksanakan, rakyat Malaysia mula membuat pembelian panik di semua pasaraya dan kesanya banyak barang-barang makanan lain kehabisan stok.

Dan bila dah duduk rumah tu macam-macam la bermain di kepala nak di makan. So hari ini kami kongsikan satu resepi bahulu mudah perkongsian Puan  Azirah Mukhtar di laman facebooknya.

Untuk info, Bahulu merupakan antara juadah kuih tradisional yang sangat popular khususnya musim perayaan. Namun, bahulu sering dijadikan santapan minum petang seisi keluarga di rumah kerana ia bukan sahaja sedap malah mengenyangkan. Tetapi, kalau diikutkan prosedur asal pembuatan bahulu agak rumit juga kerana perlu dibakar menggunakan oven atau lebih tradisional menggunakan sabut kelapa.

Jangan risau, zaman sudah berubah dan kita guna je apa yang ada di rumah tu.Yang penting adalah cepat, mudah dan sedap!

BAHAN-BAHAN BAHULU SANDWICH YANG DIPERLUKAN

Belek-belek dalam album mahn jumpa la resepi bahulu sandwich maker. Senang tak payah nak keluar sabut bakar. Saya edit kat sini jelah ye. Saya guna blender je.


-1 cawan tepung gandum

-1 cawan gula (boleh kurangkan klu xnak manis)

-3 biji telur

CARA-CARA

1. Blend telur dan gula sampai gebu skit. Baru masukkan tepung..

2. Panaskan sandwich maker, sapu minyak kemudian masukkan adunan tadi..

Resepi boleh dapat lebih kurang 12 biji. Gebu!

Selamat mencuba!

Sumber: Facebook Azirah Mukhtar

IKLAN