Remaja masa kini sepatutnya bersyukur dan berterima kasih dengan apa yang disediakan oleh ibu bapa dan keluarga masing-masing, dan tidak menyalah guna kelebihan dan kesenangan yang sudah diberikan.
Foto Via Pexels
Sejak pandemik Covid-19 melanda dunia, rata-rata kita lebih selesa, selamat dan digalakkan menjalankan transaksi tanpa sentuh dan ‘terpaksa’ akur dengan perubahan ini. Namun, siapa sangka, bapa di negara jiran kita ini mengalami kerugian yang besar.
Siapa je yang tidak ‘meloncat’ apabila mendapat tahu dari bank bahawa ada tunggakan kad kredit peribadi bernilai ribuan ringgit dan itu merupakan transaksi yang sah. Perkara ini dilalui oleh seorang bapa warga Singapura bernama Lim Cheng Mong. Dia terkejut apabila kad kreditnya dicaj S$20,000 iaitu sekitar RM61,813.68 untuk transakisi pembelian dalam permainan, yang dilakukan oleh anak perempuannya berusia 18 tahun.
Sebenarnya, kad kredit Lim Cheng Mong dipautkan dengan akaun Grab anak perempuannya untuk menampung perbelanjaan pengangkutan anaknya itu. Dia akhirnya mendapati bahawa kadnya telah disalah guna.
Ads
Foto Hiasan
Mengikut laporan, remaja tersebut menghubungkan e-dompet Grab kepada permainan popular Genshin Impact dan berbelanja selama enam minggu untuk membeli barangan dalam permainan bagi menaik taraf avatarnya.
Ads
Dalam masa yang sama, syarikat kad kredit berkata bahawa ini adalah transaksi yang sah dan tiada apa yang boleh dilakukan oleh mereka. Mungkin, ibu bapa diluar sana boleh mengambil langkah berjaga-jaga dengan melakukan sekatan pembelian bagi mengawal anak-anak daripada membeli sesuatu di aplikasi tanpa pengetahuan.
Bukan sedikit ye kalau di Malaysia boleh dapat sebuah kereta dah dengan harga tersebut…huhu
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Kejadian buli dalam kalangan pelajar yang dilaporkan berlaku di sekolah berasrama berprestij, Malay College Kuala Kangsar baru-baru ini telah mendapat pelbagai reaksi negatif daripada netizen setelah ia dibongkarkan oleh keluarga mangsa buli.
Menurutnya, pihak keluarga sepatutnya membiarkan pengurusan sekolah menyelesaikan kejadian. Malah, PIBG MCKK juga berkata ia menghormati pendirian pihak sekolah dan pengetua yang tidak tunduk kepada ancaman yang diberikan oleh sekumpulan ibu bapa murid tingkatan 4.
Hal demikian, sebilangan netizen di beberapa platform media sosial beranggapan pihak PIBG sekolah berkenaan tidak seharusnya mengeluarkan kenyataan sedemikian kerana dianggap membenarkan kejadian buli ‘disembunyikan’ daripada pengetahuan umum demi menjaga nama baik sekolah serta ahlinya.
Memetik temubual di antara Mingguan Wanita dan Peguamcara Jenayah, Johan Radzi bin Ahmad Zahar pada hari ini susulan respon netizen semalam, beliau menegaskan bahawa semua pihak harus bertinda mengikut prosedur sewajarnya apabila timbul kes berat seperti kejadian buli di sekolah.
“Sepatutnya tidak (wajar ada budaya menyelesaikan kes buli secara pintu belakang seperti yang didakwa oleh ahli keluarga mangsa buli di MCKK) sebab dalam Perlembagaan Persekutuan telah dinyatakan bahawa semua orang dipandang sama rata di hadapan undang-undang.
“Itu yang sepatutnya, secara idealnya begitulah.
“Tetapi secara praktiknya, mungkin di lapangan; walaupun undang-undang menyatakan bahawa semua orang setara tetapi mungkin bagaimana kita menafsirkan atau kita mengaplikasikan undang-undang itu mungkin berbeza-beza.
“Dalam kes ini, ada ura-ura yang mengatakan bahawa murid pembuli tersebut mungkin datang daripada keluarga VIP atau keluarga T20. Pun begitu, ia tidak sepatutnya dibiarkan.
“Tidak kisahlah dari mana pun asal-usul si pembuli atau betapa tingginya pangkat keluarganya, tindakan buli adalah satu jenayah. Tindakan memukul orang adalah satu jenayah dan patut dibacarakan di mahkamah,” katanya lagi.
Terdahulu, tular di laman Instagram pada Jumaat minggu lalu (3 November) berhubung seorang pelajar sekolah yang dimasukkan ke hospital akibat dibuli pelajar senior di sebuah sekolah di Kuala Kangsar.
Turut tular sepucuk surat rayuan terhadap keputusan hukuman displin terhadap pelaku-pelaku yang diminta bekelakuan baik, dirotan dan membuat kerja amal di sekolah.
Bagaimanapun, ahli keluarga mangsa buli pada hari ini (7 November) merasakan hukuman yang dikenakan tidak memadai dengan kecederaan yang telah mereka akibatkan terhadap mangsa. Ahli keluarga mangsa juga meminta agar keadilan dilaksanakan dalam kes ini dan ingin pelaku-pelaku dibuang daripada MCKK.
Bagi korang yang tertanya-tanya bagaimanakah kes bulit dibicarakan di peringkat perundangan, Johan berkongsi bahawa kebiasaannya pesalah atau pembuli akan dihadapkan di Mahkamah Kanak-Kanak di mana pihak mahkamah akan memberikan beberapa pilihan kepada pesalah yang telah disabitkan.
Antaranya seperti hukuman menghantar mereka ke sekolah Henry Gurney, dikenakan hukuman khidmat masyarakat (community service) atau dikenakan bon kelakuan baik di mana pesalah akan dilepaskan dengan jaminan atau syarat harus berkelakuan baik untuk satu tempoh tertentu seperti 2-3 tahun di bawah pengawasan.
Tidak ketinggalan, hukuman penjara boleh dikenakan ke atas pesalah sekiranya jenayah yang dilakukan itu berat. Begitupun menurut Johan, mahkamah akan sentiasa cuba mengelakkan daripada mengenakan hukuman penjara kerana khuatir kesan buruk kepada pembesaran pesalah apabila bergelar banduan bawah umur.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Sesekali memang ada satu peristiwa yang membuatkan kita rasa ingin syer dengan orangkan. Sekitar tengahari tadi, seorang gadis @humanxsick telah tweet di bebenangnya memaklumkan dia rasa nak menangis selepas telefon bimbitnya jatuh ke dalam jamban.
Meminta agar diberikan kata-kata semangat untuk dia terus kuat menghadapi ujian ini tambahan pula telefon kesayangannya itu adalah milik bapanya.
Rupanya, ada macam-macam petua diberi untuk memastikan telefon kembali berfungsi semula. Ini termasuklah menyuruhnya meletak telefon di dalam beras bagi memastikan telefonnya kembali seperti sedia kala.
Membaca komen-komen netizen ini adakalanya menggelikan hati. Tak pastilah pula, adakah benar kalau telefon jatuh ke dalam air dan untuk keringkannya mesti letak di dalam dalam beras. Ada sesiapa pernah cuba ke teknik ini?
Walaupun diuji telefon jatuh ke dalam lubang jamban tetapi gadis ini masih mampu berjenaka sedikit.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Setiap tahun Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) menjadi antara acara tahunan yang ditunggu-tunggu oleh masyarakat Malaysia. Selepas 38 tahun mengukir sejarah dengan menganjurkan festival fizikal, kini pembaca semua terpaksa akur kerana PBAKL bakal ditransformasi ke platform atas talian gara-gara wabak pandemik COVID-19.
Menurut laman Facebook rasmi Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur, terdapat banyak tawaran hebat termasuk diskaun serta baucar yang bakal diterima oleh pelanggan.
PBAKL ini merupakan yang pertama kalinya dilakukan secara online dan terbesar boleh korang akses melalui Shopee. Antara promosi yang bakal berlangsung adalah seperti berikut:
• Lebih 140 penjual buku dan semakin bertambah
• Lebih 30,000 judul terkini
• 30,000 baucar pelanggan baru
• 10,000 baucar pembelian oleh penerbit
• 20,000 diskaun seluruh platform
• 10,000 x Tawaran RM7.00
• 5,000 baucar pelanggan sedia ada
• 4,000 baucar permainan
• 4,000 baucar tempoh terhad
Jangan bersedih sekiranya korang tidak dapat ke PBAKL tahun ini kerana semuanya lebih mudah dibuat secara online. Tidak perlu berasak-asak dengan ramai orang, buat pembelian atas talian kan lebih selesa dan jimat masa.
Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2020 ini akan berlangsung pada 25 Jun sehingga 8 Julai 2020. Jangan lepaskan peluang!
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Insiden remaja maut ditembak di Keningau mengejutkan negara. Ketahui kronologi kejadian, hasil siasatan polis dan pengajaran penting buat remaja serta ibu bapa mengenai bahaya senjata buatan sendiri.