Remaja 18 Tahun Jadi Juruterbang Paling Muda Di UK

Share

Cuba korang ingatkan kembali sewaktu usia 18 tahun, apa pencapaian paling hebat korang? Hiks!

Kalau rakyat Malaysia umur macam tu mungkin baru ada yang nak melanjutkan pelajaran selepas mendapat keputusan SPM betul tak?

Paling-paling pun waktu ni tengah bekerja sambilan sebelum dapat tawaran sambung belajar.

Namun begitu, bagi Seth Van Beek, dia meletakkan impian yang tinggi dan kini di usianya baru sahaja 18 tahun, dia sudah pun bergelar sebagai seorang juruterbang di syarikat penerbangan komersil dan sekali gus menjadi juruterbang termuda di United Kingdom.

Remaja ini mendapat lesen penerbangan pada bulan Oktober selepas mengikuti latihan selama 18 bulan. Dia juga terpaksa berpindah ke Greece untuk mengambil kursus jurusan penerbangan yang berjumlah £ 85,0000 (RM451, 472) dan dapat menyempurnakan latihan di udara 150 jam.

Seth meninggalkan sekolah pada usia 16 tahun selepas melakukan GSCE dan berjaya melepasi peperiksaan kelayakan yang sukar untuk menyertai Kolej Latihan Penerbangan Egnatia di Greece.

Pada April 2018, dia telah memulakan latihan selama 18 bulan di akademi tersebut dan menduduki 14 peperiksaan, selain mempelajari teori dan latikah praktikal di Lapangan Terbang Antarabangsa Kavala di Greece.

Pencapaian luar biasa oleh anak muda ini adalah atas pengorbanan ibunya yang menjual rumah keluarga bagi membiayai kos pelajaran impian anak lelakinya.

Menurut ibunya, Frances, dia tidak menerima pelajaran yang tinggi sewaktu dibangku sekolah dan kini dia akan melakukan apa sahaja untuk memastikan anaknya mendapat pendidikan yang baik.

Sekarang ni tak pelik kalau tengok anak muda berjaya kan? Pokok pangkalnya, kenalah ada usaha dan kesungguhan. Kejayaan akan datang pada mereka yang bersungguh-sungguh mencapai segala impian dan cita-cita.

Semoga kisah ini boleh memberi inspirasi untuk korang berusaha gigih lagi dalam mencapai impian hidup.

Sumber: dailymail.co.uk

IKLAN