
Aktres Reen Rahim buka cerita tentang cabaran terbesar menguruskan perniagaan bersama suami, Hazim Zainal, iaitu belajar membezakan peranan sebagai suami isteri dan rakan perniagaan.
Pelakon Dhia Kasyrani ini akui, mengendalikan dua jenama serentak bukan mudah. Ia memerlukan kebijaksanaan untuk tidak mencampur adukkan urusan perasaan sebagai pasangan dan urusan bisnes.

“Dalam bisnes, keputusan kena ikut data, bukan ikut perasaan. Kadang saya hendak semua laju, tetapi Hazim hendak detail. Kadang saya tolak, dia tarik. Hal kerja ada naik turun, tapi kami sudah tetapkan satu prinsip.
“Dalam bisnes kita profesional, dalam rumahtangga kita pasangan. Tak boleh campur. Kalau gaduh pasal stok atau pengurusan jenama Reen Rahim Hygiene Wash atau Quyus, jangan bawa balik ke rumah.
“Kalau penat pasal operasi syarikat, jangan lupa kita ini tetap suami isteri. Dan bila dua-dua ada visi yang sama, cabaran tu jadi proses belajar, bukan masalah,” ujar Reen.

Perkongsian Reen di Instagram tentang pengalaman membangunkan jenama mereka berdua mendapat perhatian warganet. Ramai memuji pasangan ini kerana bijak membahagikan watak sebagai pasangan suami isteri dan rakan perniagaan.
Namun, Reen juga tidak menafikan bahawa mereka bukannya pasangan paling matang dan kadangkala bertelingkah seperti pasangan lain.
“Biasalah, kami ini kuat menyakat. Kadang gurau jadi terlebih ‘pedas’ sikit, terus dua-dua buat muka. Tapi Alhamdulillah, tak pernah sampai tahap merajuk berhari-hari.

“Hazim luar nampak garang, tapi dia sebenarnya cepat lembut hati. Kalau ada salah faham, dialah yang akan datang peluk dulu. Saya ini nampak macam singa, tapi sebenarnya kucing.
“Cepat cair bila orang yang saya sayang pujuk. Tetapi betullah, dia lah paling cepat mengalah tapi saya paling cepat cair,” kongsi pelakon Sue-On ini.
Selain itu, mereka juga menetapkan peraturan penting – tidak berbincang tentang sesuatu perkara ketika sedang beremosi.

“Sebab kalau saya tengah garang manja, Hazim tengah garang juga, memang tak jumpa jalan. Selalu kami ambil masa selepas itu baru kembali berbincang.
“Bagi kami, kalau benda itu tak menjejaskan masa depan, jangan besar-besarkan. Kadang kita marah sebab penat, bukan sebab tak sayang. Bila sedar benda itu kecil sahaja, kami belajar lepaskan,” tambahnya.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup?
Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!

