
Pencarian Dewi Remaja sememangnya sinonim sebagai platform yang melahirkan ramai bakat-bakat lakonan baharu yang mewarnai industri seni hiburan tanah air.
Tidak hairanlah apabila saban musim, cabaran lakonan pastinya menjadi salah satu episod paling dinanti-nantikan oleh penonton yang ingin menyaksikan siapakah gerangan finalis yang bakal mengikut jejak langkah alumni terdahulu seperti Izara Aishah, Azah Aziz, Aleeza Kasim, Mawar Rashid, Syatilla Melvin, Mimi Lana, Izreen Azminda, Scha Alyahya, Shaza Bae, Fify Azmi, Anna Jobling, Arena Wan, Arabella Ellen dan ramai lagi pelakon tanah air berbakat yang memulakan perjalanan mereka menerusi Dewi Remaja.
Pada musim ini, cabaran lakonan hadir seawal episod kedua agar kita dapat melihat potensi yang boleh diketengahkan oleh 12 orang finalis. All is given a fair chance to shine dan bertemakan ‘Queen of Tears’, mereka telah digandingkan dengan alumni Dewi Remaja 2022, Dina Allysha bagi menjayakan sebuah babak yang dipetik daripada drama hit, Mandul Bukan Pilihan. Manakala, juri tetap Kamal Adli pula bertindak sebagai pengarah di set cabaran kali ini.
Bagi peminat setia drama tersebut, tentunya korang masih ingat betapa dramatik jalan ceritanya yang menjadi kekuatan utama mengapa drama ini boleh menjadi tular pada setiap minggu.
Lima tahun Aldi (Hun Haqeem) dan Billa (Mira Filzah) mendirikan rumah tangga tanpa mendapat zuriat, tekanan semakin memuncak apabila Billa disahkan menghidap kanser dan meminta adik angkatnya, Farah (Ayda Jebat) untuk membantunya. Pada masa yang sama, Farah sebenarnya menyimpan niat untuk merampas Aldi daripadanya.
Bersandarkan kepada babak di antara Billa dan Farah itu, kesemua finalis perlu melakonkan situasi menangis dengan menggunakan dialog yang sama.
Menerusi segmen penyingkaran pada episod kali ini, persembahan lakonan setiap finalis telahpun diadili oleh juri tetap, Nabila Huda dan Kamal Adli serta juri jemputan minggu kedua yang juga merupakan alumni Dewi Remaja 1990/1991, Datin Sri Umie Aida.
Umie Aida: “Lakonannya kelihatan polos tetapi ada inti. Kamera juga mesra dengan dia. Bagi saya, dia cantik dan skrip ini kena dengan imejnya. Saya rasa untuk dia menangis dengan mudah sebegitu, pastinya dia bersendirian terlebih dahulu dan mengambil mood serius sebelum melakukan cabaran.”
Kamal: “Saya gembira dengan prestasinya minggu ini kerana dia hanya memerlukan one take untuk cabaran ini.”
Nabila: “I like her! Saya sukakan lontaran dialognya yang pandai mengambil masa, mempelbagaikan intonasi dan melalui gesture mudah, dia dapat sampaikan dialog. Ada beberapa bahagian di mana kita tahu dia terlupa skrip tetapi dia pandai bermain dengan mood sedih itu untuk mengaburi kelemahan itu. Itu adalah skil sebagai pelakon yang kita cari.”
Kamal: “Semasa latihan, apa yang Nylea lakukan tidak sampai. Lagipun dia berdepan dengan jangkitan pada mata. Tetapi bila masuk set cabaran, dia terus deliver.”
Kamal: “Lama saya perlu tunggu untuk dia menitiskan air mata, hujung-hujung baru dapat. Dalam cabaran ini, Ellysa pula yang nampak seperti dia memegang watak supporting yang jahat sedangkan dia adalah watak utama.”
Umie Aida: “Dia tak berikan sesuatu yang wow kepada saya. Pelakon perlu alert peranan angle. Bila angle dekat, sedikit pergerakan pun sudah cukup untuk sampaikan perasaan. Saya rasakan Ellysa belum dapat menguasai trik ini. Cuma saya akui, dia mempunyai wajah yang menarik pada skrin. Sangat pleasant untuk melihatnya.”
Nabila: “Saya pun sukakan skin tone dia dalam skrin tetapi skil lakonannya perlu diperbaiki lagi. Dia nampak cemas dan ada pergerakan tubuhnya yang kelihatan janggal. Saya dapat rasakan nervous dia itu sehingga saya tidak sedih melihat lakonannya.”
Kamal: “Jujurnya, saya meletakkan harapan yang cukup tinggi ke atasnya disebabkan latar belakang keluarga dalam dunia lakonan. Dia juga pernah berlakon sebelum ini. Saya tahu untuk cabaran ini, Camelia mencuba tetapi ia tidak sampai.”
Umie Aida: ” VIDEO
Nabila: “Sayangnya, saya rasa bosan bila menonton tadi. Mendatar sangat. Saya nampak Teya tidak tahu nak lakukan reaksi bagaimana terhadap pelakon gandingan. Bila dia mula banyak memandang ke bawah, itu bermakna dia ingin cover lakonannya yang biasa-biasa. Tapi dia rugi di situ kerana dia tidak dapat bermain emosi dengan penonton.
Umie Aida: “Inilah yang saya katakan apabila seseorang tidak dilahirkan dengan bakat lakonan semulajadi. Ini yang membezakan mereka daripada seseorang yan naturally gifted. Nampak Teya belum bersedia untuk berada di situ. Dia mengambil energy emosi terlalu awal. It is all about perfect timing. Bila kena dengan masanya, baru kita kembangkan emosi sehingga ke klimaks babak.
Umie Aida: “Saya akui dia seorang yang cantik dan kamera menyukainya. Tetapi dia membosankan dalam cabaran lakonan ini.”
Nabila: “Ya, saya boleh ramalkan dia akan menjadi seorang pengacara yang bagus. Dia mempunyai persona seperti Neelofa dan Hawa Rizwana. Sebagai pelakon, saya nampak dia lost di dalam set tersebut. First take sahaja, matanya sudah meliar tak tentu arah. Body language
juga tidak dijaga dengan kemas terutamanya sebagai seorang hijabi, tidak boleh duduk terkangkang seperti itu.”Kamal: “Walaupun dia juga mempunyai simptom jangkitan mata pada hari itu, dia hanya memerlukan one take sahaja untuk cabaran ini. Saya ‘halalkan’ perubahan dialog yang dia lakukan sedikit kerana dia seorang yang berbangsa India dan cara bercakap dalam Bahasa Melayu juga masih baku. Cuma cara percakapan itu perlu dipraktik lagi.”
Nabila: “Not bad. Cuma dalam babak ini saya rasakan dia belum cukup yakin lagi dengan bakatnya. She was overthinking. Sekali lagi, dia banyak memandang ke bawah kerana takut untuk membuat eye contact dan sukar untuk menangis. Kadangkala, babak sedih tidak memerlukan air mata. Cukup sekadar emosi yang kuat untuk penonton rasa.”
Nabila: “Saya tahu dia cuba untuk hilangkan slanga Sabahan-nya. Ini juga pengalaman pertama untuknya berlakon seperti ini dan saya nampak dia cuba sedaya mungkin untuk memaksa diri menangis.”
Umie Aida: “Sedikit pun saya tidak rasa. Sayang kerana matanya banyak melilau.”
Kamal: “Dia banyak tak ikut skrip dan itu akan menyusahkan bahagian editing kelak. Walaupun saya faham dia masih baru, sekurang-kurangnya dia perlu berusaha untuk hafal skrip sebaik mungkin.”
Kamal: “Cara dia throw dialog terlalu comel. Tidak menggambarkan karakter tersebut. Lagipun saya rasakan dia tidak berjaya sampaikan emosi yang saya inginkan.”
Umie Aida: “Ini tip saya untuk pelakon baru seperti Nelysa. Jika mendapat watak sedih seperti ini dan anda sukar untuk mengalirkan air mata, ambil pengalaman hidup untuk deliver emosi. Gunakan kesedihan daripada pengalaman lampau.”
Nabila: “Saya dapat tahu dia banyak membantu dewi-dewi lain untuk practice and that was so sweet of her. Cuma dia perlu pandai bezakan lakonan di atas pentas dan lakonan di dalam set TV. Untuk TV, pergerakan kita perlu dikecilkan. Gaya lakonan perlu lebih natural. Suara kena tone down. Ini kerana emosi drama TV sangat halus, tidak seperti lakonan pentas yang dia biasa lakukan di ASWARA.
Kamal: “Saya nampak dia agar ‘kosong’ walaupun telah melakukan sehingga three takes. Nampak seperti dia struggle untuk meluahkan rasa sedih.”
Umie Aida: “Sata tak marah jika dia masih ‘kosong’ tapi bila ingin menjadi seorang pelakon tanpa apa-apa pengalaman, dia kena belajar daripada sumber di sekeliling. Lihat cara pelakon kegemarannya dan tiru dahulu. Gunakan emosi daripada kehidupan sebenarnya untuk hidupkan karakter. Jadi bila masuk ke set, tidaklah orang kata dia kosong.”
Kamal: “Saya nampak awak betul-betul tak boleh deliver watak ini. Nampak sangat awak sedang memikirkan skrip sewaktu berlakon. Ia membuatkan emosi tak sampai. Bila deliver line juga tidak sampai.”
Umie: “Kita semua ada emosi masing-masing. Sebagai pelakon kita perlu tahu untuk switch on dan switch off. Peluang dibazirkan begitu sahaja kerana suis Fittri kali ini dibiarkan tertutup sepanjang cabaran. Kita tak dapat rasa langsung.”
Selepas mengadili kesemua finalis, empat orang dengan markah terendah adalah Dheper, Sharmaine, Marisa dan Fittri. Situasi ini mungkin disebabkan tiada pengalaman yang dimiliki oleh mereka sebelum ini serta kekurangan skil yang perlu diasah dalam masa yang cukup singkat.
Debaran semakin terasa apabila Sharmaine dan Fittri berada dalam kedudukan Bottom 2 sebelum Fittri diumumkan sebagai dewi pertama yang tersingkir pada musim ini.
Menurut Fittri, ini merupakan pengalaman yang hadir hanya sekali dalam hidupnya dan dia redha dengan penyingkiran ini kerana telahpun melakukan sehabis baik untuk kali ini.
11 orang finalis meneruskan cabaran ke minggu ketiga pencarian Dewi Remaja 2025. Apa pula tema episod pada minggu hadapan? Nantikan!
Teruskan bersama kami secara live di DEWI CONFESSION ROOM setiap hari Jumaat, mulai 10 Oktober pada 11.10 malam di platform Instagram dan TikTok REMAJA.
Penonton setia program pencarian Dewi Remaja 2025 berpeluang menjadi:
SEORANG pemenang hadiah utama berupa telefon pintar 5G tajaan redONE & barangan eksklusif redONE.
SEMBILAN pemenang saguhati barangan eksklusif redONE.
Jawab soalan di bawah pada setiap minggu.
Peserta yang menjawab secara lengkap soalan-soalan terkumpul dan melampirkan slogan yang menarik akan dipilih sebagai pemenang.
Saksikan Dewi Remaja 2025 mulai 10 Oktober 2025, jam 10 malam hanya di Astro Ria dan Astro Go.
Ikuti juga Diari Dewi Remaja setiap Isnin (11.00 malam) dan Kapsul Dewi Remaja setiap Khamis (10.55 malam) untuk pengalaman penuh sepanjang musim.
Undian bagi kategori Dewi Favourite sudah dibuka mulai hari ini di www.remaja.my/dewi. Anda mempunyai 30 kredit undian setiap hari untuk mengundi mana-mana peserta kegemaran anda.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup?
Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.