Jika dahulu, ramai beranggapan golongan belia dan remaja yang berusia di bawah 30 tahun selamat daripada apa-apa ancaman kesihatan.
Tapi tak ramai tahu golongan ini semakin kerap menemui ajal atau dibelengu simptom penyakit biarpun masih muda. Lebih mengejutkan apabila kebanyakan daripada kes seperti ini berlaku dalam kalangan lelaki yang aktif bersukan.
Pada tahun 2003, pemain bola sepak Cameroon iaitu Marc-Vivien Foe yang ketika itu mewakili negaranya menentang Colombia rebah di tengah padang. Foe hanya berusia 28 tahun saja.
Satu lagi kes adalah pemain Sevilla FC berusia 22 tahun, Antonio Puerta yang rebah ketika kelabnya menentang Getafe FC sebaikmemasuki minit ke-35. Selepas diberikan rawatan, Puerta dapat berjalan ke bilik persalinan. Namun, dia sekali lagi rebah dan tidak sedarkan diri. Tiga hari kemudian, Puerta dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) kerana kegagalan jantung.
Pemain Denmark Di EURO 2020
Terbaru pada hujung minggu lalu, pemain bola sepak Denmark, Christian Eriksen mengejutkan penonton seluruh dunia apabila tonggak tuan rumah itu rebah di atas padang semasa pertemuan Denmark menentang Finland.
Perlawanan kumpulan B EURO 2020 itu terpaksa dihentikan setelah pemain kelab Inter Milan berusia 29 tahun itu tiba-tiba tumbang semasa perlawanan menuju masa rehat.
Susulan insiden tersebut, Kesatuan Bola Sepak Denmark mengesahkan Isnin lalu bahawa Eriksen kini dalam dalam keadaan sedar, boleh bernafas dan bercakap dengan baik serta sedang menunggu pemeriksaan lanjut di hospital.
Bagaimanapun, punca di sebalik insiden rebah ini bukanlah berpunca daripada wabak COVID-19 biarpun Eriksen masih belum menerima suntikan vaksin.
Mati Akibat Masalah Jantung
Tanpa menjurus kepada kes melibatkan pemain Denmark itu, secara amnya, hasil ujian autopsi selalu menunjukkan punca kematian golongan bersukan adalah disebabkan Hypertrophic Cardiomyopathy iaitu sejenis masalah jantung. Ia boleh menyebabkan kematian mengejut ketika melakukan aktiviti fizikal.
Ads
Ada beberapa simptom saja yang menunjukkan jantung seseorang itu mempunyai masalah. Antaranya termasuklah:
Keletihan melampau.
Kaki bengkak.
Mengah ketika bernafas.
Dan sakit pada bahagian dada.
Senang cerita, usia seseorang atlet bukanlah ‘insuran selamat’ ketika bersukan kerana apa-apa jua boleh berlaku disebabkan faktor kesihatan dan stamina masing-masing.
Jangan pernah menganggap korang tak perlu mengambil serius mengenai tahap kesihatan sendiri kerana usia masih muda.
Kematian atlet ini membuktikan, aktif bersukan dan usia muda tidak bermaksud seseorang itu selamat daripada kes kematian mengejut ini. Sekurang-kurangnya, korang perlu mengambil tindakan berjaga-jaga dengan ENAM rutin mudah ini.
Kurangkan Pengambilan Fast Food
Memang susah untuk sesiapa berhenti mengambil makanan fast food. Semua iklan fast food menggiurkan orang. Tetapi apa yang korang boleh lakukan ialah mengurangkan pengambilannya ke tahap minima.
Lebihkan makanan seperti buah beri, brokoli, oatmeal, buah tembikai, buah epal dan paling mudah, switch minuman bergula kepada air kosong.
Ads
Tinggalkan Rokok, Vape Dan Yang Sewaktu Dengannya.
Kes kematian mengejut banyak berkaitan dengan tabiat merokok. Rokok bukan saja menjadi punca kepada kanser, emphysema dan angin ahmar. Malah ia melemahkan kesihatan kardiovaskular. Itulah punca jantung tiba-tiba berhenti apabila seseorang bersukan lebih daripada kemampuan diri.
Berhenti merokok bukan saja menyihatkan, duit pembelian rokok pun boleh dibuat belanja untuk barang yang lebih berfaedah.
Lakukan Pemeriksaan Doktor Secara Tetap
Jangan ingat ketika usia masih muda, korang tak perlu berjumpa doktor.
Tabiat melakukan check-up di klinik atau hospital sebenarnya memudahkan seseorang memeriksa tahap terkini kesihatan mereka agar mereka sedar apakah yang perlu diperbaiki. Sekurang-kurangnya, lakukan appointment sebanyak 2 kali setahun.
Ads
Jangan Paksa Diri
Kalau dah terlalu penat, jangan pula nak paksa diri untuk bermain lagi. Contohnya semasa jogging – kalau sudah penat, berjalanlah sekejap. Bila korang perasan degupan jantung semakin laju daripada degupan normal, hentikan dulu aktiviti itu.
Jangan Pandai-Pandai Ambil Booster
‘Budak-budah gym’ mudah terdorong untuk mengambil suplemen booster demi melonjakkan stamina ke tahap lebih tinggi. Kadangkala terlalu tinggi sehingga melebihi limit badan sendiri. Ini juga antara punca masalah jantung.
Lebih baik korang rujuk dulu kepada ahli farmasi atau doktor sebelum membeli suplemen.
Relakskan diri
Ramai remaja menganggap aktiviti bersukan di gym dan di gelanggang adalah cara terbaik untuk melepaskan tekanan. Selepas seharian di universiti atau tempat kerja, mereka ingin lepaskan lelah dan rasa stres dengan work out sehabis mungkin.
Sebenarnya, cara terbaik untuk melepaskan lelah adalah dengan berehat. Apabila tertekan, pelbagai reaksi kimia berlaku pada badan. Dengan berehat, badan dapat menyelaraskan kembali sel di dalam badan.
*
Jadi sebelum mulakan aktiviti sukan, pastikan badan cukup cergas untuk tempoh masa tertentu. Jangan bersukan melebihi had badan (dan umur!).
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Ramai terbiasa menggunakan perkhidmatan perbankan Maybank2u untuk urusan e-wallet. Malah ia diyakini kerana keselamatan yang agak ketat. Malah begitu ramai mempercayai bank utama di negara ini.
Namun, bila check kad debit bank, tengok tarikh dah luput dan tidak boleh menunaikan sebarang transaksi!
Aduh…Kalau korang malas berurusan di bank. Boleh je tukar kad debit terutama sekali Maybank secara online sahaja, kad pun akan dihantar ke rumah!
Menurut Maybank, semua kad debit Maybank boleh ditukar ganti melalui dalam talian kecuali jika kad berkenaan hilang/dicuri atau terlupa nombor PIN. Jika tidak mahu berurusan di cawangan bank, boleh saja menukarkan kad tersebut menerusi dalam talian dan tunggu kad yang baharu dihantar ke rumah masing-masing.
Memahami situasi semasa yang dihadapi oleh keluarga yang memerlukan pada musim pandemik ini, ahli parlimen Rembau, Yang Berhormat Khairy Jamaluddin mengambil langkah YB Syed Saddiq dengan mengagihkan komputer riba atau laptop, hujung minggu lalu.
Meskipun mungkin ada suara-suara nakal yang berkata ia ibarat ‘meniru’ kempen pemberian laptop yang dilakukan terlebih dahulu oleh ahli parlimen Muar tersebut, lamgkap pemberian laptop ini sebenarnya relevan dengan keperluan setiap keluarga untuk meneruskan pembelajaran, pekerjaan dan rutin harian yang kini dilakukan secara atas talian.
Yang penting niat mereka sama untuk membantu penduduk di kawasan parlimen masing-masing kan.
Menerusi muat naik akaun Facebook beliau yang telah menerima lebih 10 ribu likes, KJ berkata, “Pemberian kepada 1000 orang penerima ini adalah sebahagian daripada inisiatif Digital Rembau bagi memastikan pelajar yang tinggal di rumah mampu meneruskan pembelajaran masing-masing.
“Semenjak pandemik ini bermula, gaya hidup digital semakin rancak berkembang. Rembau tidak seharusnya ketinggalan dalam peredaran ini. Kami sempat untuk memberi komputer riba dan tablet kepada mahasiswa dan pelajar daripada keluarga berpendapatan rendah bagi membantu mereka melalui norma baharu dengan lebih selesa.”
Tambah beliau lagi, projek Digital Rembau juga menyasarkan kepada kepentingan para peniaga dan penjaja setempat. Beliau ingin penduduk di sana terbuka kepada idea pembayaran tanpa tunai seperti kad debit, Touch ‘n Go dan QR Pay.
“Kita perlu lebih kreatif dan giat menggunakan aplikasi dan teknologi dalam pentadbiran dan pengurusan perniagaan. Digital Rembau ini bukan sekadar slogan atau kempen semata-mata. Tapi ia adalah perubahan gaya hidup yang lebih fresh,” jelasnya lagi yang turut singgah sebentar melihat pembangunan Kompleks Belia & Sukan Rembau.
Baguslah apabila semakin ramai ahli politik bukan hanya tahu berkempen dan menabur janji tetapi mereka turun padang bagi membantu keperluan penduduk setempat mereka.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Baru-baru ini, penyanyi Elyana telah pun berkongsi tentang tahap kesihatannya yang terkini, iaitu dia hampir memasuki tahap lima kanser limfoma sejak 10 tahun bertarung dengan penyakit itu.
Namun, masih ada juga yang tertanya-tanya apa itu kanser limfoma?
Kanser limfoma bermula dari sel darah putih yang dipanggil lymphocytes iaitu sel darah putih yang mengalir ke tubuh menerusi bendalir yang dipanggil limfa. Lymphocytes adalah faktor penting kepada sistem pertahanan badan.
Gambar hiasan
Berikut kami jelaskan beberapa perkara tentang kanser limfoma yang mungkin lebih mudah untuk korang fahami.
Tanda dan gejala Kanser Limfoma
– Benjolan di leher, ketiak atau pangkal paha (tanda utama)
– Demam berpanjangan
– Hilang selera makan
– Hilang berat badan
– Ruam dan kegatalan kulit
– Keletihan dan tidak bertenaga
Siapa yang berisiko?
Mereka yang mempunyai sistem imun yang lemah seperti:
– Pesakit autoimun
– Pesakit jangkitan virus seperti HIV dan Hepatitis C
– Penerima organ
– Mempunyai keluarga terdekat menghidap limfoma
Kanser limfoma meningkat dengan peningkatan umur seseorang. Dikatakan dalam golongan muda berumur 20 hingga 24 tahun, insiden limfoma adalah 2.4 kes dalam 100,000, tetapi meningkat kepada 46 kes dalam 100,000 dalam golongan dewasa berumur 60 hingga 64 tahun.
Tahap Limfoma
Sumber: myhealth.gov.my
Jika korang mempunyai sebarang simptom atau pun tanda-tanda, segeralah berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan nasihat daripada pakar. Walaupun masih muda, jangan ingat yang korang tidak terlepas daripada dihidapi kanser. Sesungguhnya penyakit ini tidak mengenal mangsa.
Spekulasi mengenai hari bahagia pelakon dan penyanyi, Bella Astillah bersama Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman kini semakin hangat diperkatakan di media...