Sekian lama menikus selepas dirinya menjadi orang dikehendaki akibat keceluparan mulut memberi komen dalam dokumentari berjudul 'Locked Up in Malaysia's Lockdown' terbitan Al Jazeera nampaknya hari Jumaat, penghulu segala hari memberi seribu makna buat warga Malaysia.
Ini keranaa lelaki warga Bangladesh dikenali Md Rayhan Kabir yang diburu Jabatan Imigresen Malaysia (Imigresen) sebelum ini sudah ditahan agensi terbabit, hari ini.
Penahanan lelaki berusia 25 tahun itu disahkan sendiri Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Khairul Dzaimee Daud.
Beliau bagaimanapun tidak mengulas lanjut, namun maklumat diterima mengatakan Rayhan dicekup ketika bersembunyi di sebuah kondominium di Jalan Pahang, di sini.
Foto penahanan Rayhan dengan tangan bergari turut dimuat naik melalui laman Twitter Majlis Keselamatan Negara (MKN).
Ads
Jabatan Imigresen Malaysia sebelum ini memohon bantuan orang awam menjejaki lelaki itu yang memiliki alamat terakhir di Sirhan Legacy Sdn Bhd B-7-9, Menara Uncang Emas, di Jalan Loke Yew Kuala Lumpur, untuk membantu siasatan mengikut Akta Imigresen 1959/63.
Rayhan sebelum ini dikesan membuat pelbagai dakwaan palsu berhubung layanan pihak berkuasa Malaysia kepada pendatang tanpa izin ketika negara menguatkuasakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bagi membanteras penularan COVID-19.
Ads
Dia melemparkan tohmahan dan dakwaan tidak berasas itu menerusi kenyataan diberikannya kepada stesen televisyen antarabangsa, Al Jazeera, yang membuat laporan khas berhubung pendatang tanpa izin di negara ini.
Polis turut memulakan siasatan terhadap Al Jazeera susulan penyiaran dokumentari itu.Sumber : Berita Harian
Lepas ini, mana-mana warga asing atau warganegara yang hendak memberi komen, sila berhati-hati ya. Kena ada fakta sahih beserta bukti. Baru boleh bersuara. Jangan main spekulasi semata-mata.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Nampaknya usaha seorang remaja yang mendaftarkan diri dalam Twt Jodoh@TwtCariJodoh yang tular di kalangan warga twitter seminggu ini sudah menarik minat seorang remaja sekolah, menggunakan nama nick nama eyyel, berusia 14 tahun untuk turut sama mencari jodoh. Lebih tak tahan, dengan pekerjaan sebagai KETUA RUMAH HIJAU DAN JUGA KETUA TINGKATAN, eyyel atau nama twitternya, @soyadanial begitu sempoi membalas tweet akak-akak dan abang-abang yang berjenaka dengannya.
REMAJA tidak pasti sama ada Eyyel faham atau tidak web mencari jodoh ini atau remaja berusia 14 tahun ini sekadar suka-suka memasuki tweet berkenaan. Tapi nampaknya “usahanya” mencari jodoh buat warga twitter lain memuji semangatnya. Ada yang menyuruhnya menghabiskan sekolah dahulu, membantu ibu bapa apabila sudah dewasa dan macam-macam nasihat diberikan untuk masanya yang masih panjang. Ada yang menyuruhnya besar dahulu sebelum mereka menyambut cintanya. Lebih tak tahan, bila ada yang memberi komen tentang baju kemejanya yang kelihatan sama seperti milik bapanya, Eyyel membalas tweet berkenaan dengan memaklumkan dia mengumpul duitnya sendiri untuk membeli baju berkenaan.
Baca jer komen-komen netizen nie, memang kelakar habis.
Nanti korang boleh tengok banyak lagi komen netizen yang begitu melayannya. tapi yang bestnya eyyel pun begitu sempoi menjawap semua tweet dari netizen. REMAJA juga doakan Eyyel dapat jodoh yang baik apabila besar nanti. Amin.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Barangkali apa yang sedang diraih Yuna saat ini sejak mencipta nama di Amerika Syarikat pasti membuat ramai rakyat Malaysia yang tumpang gembira dengan kejayaannya.
Terbaru, sekeping gambar menunjukkan penyanyi kesayangan Malaysia, Yuna dengan caption “Hello World,” menambah satu lagi portfolio besar dalam kerjaya bintang ini.
Road To Supermodel
Yuna, menambah satu lagi portfolio besar dalam kerjaya apabila mengikat kontrak dengan agensi model terkemuka dunia, Wilhelmina Models.
Dia memaklumkan berita gembira ini di laman Instagram dan tidak pernah menyangka akan menyandang gelaran model.
“Hello world! Here’s the news I wanted to share with you guys- Your girl is now signed to @wilhelminamodels! Who woulda thought.. we did it mom!! Happy I got to share this moment with my lil sis @massey_sw 🙏🏽❤ LETS GO TEAM! I’m ready to work! #teamyuna2019,” tulisnya.
Dia sebelum ini melakar sejarah tersendiri apabila sebuah papan iklan lampu diod pancaran cahaya (LED) muncul di tengah-tengah kota metropolitan Times Square, New York, Amerika Syarikat dengan memaparkan wajahnya selain mempromosi album terbarunya, Rouge.
Rouge yang merupakan album keempat penyanyi dengan nama sebenar Yunalis Zarai ini.
Netizen dilihat cukup teruja melihat artis kesayangan mereka mendapat pengiktirafan luar biasa. Malah mengatakan Lullabies adalah lagu magical ciptaan penyanyi Yang Sebenarnya ini.
Yuna cukup bertuah kerana diterima dan berjaya di pasaran antarabangsa. Tapi itu semua rezeki Yuna. REMAJA turut tumpang gembira.
Kredit : Instagram Yuna
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Jawatankuasa Petugas Khas Imunisasi COVID-19 (CITF) yang dipengerusikan Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan Khairy Jamaluddin telah pun bersetuju dengan cadangan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) untuk memberi keutamaan kepada pelajar yang menduduki peperiksaan awam diberi vaksin terlebih dahulu.
Menteri Kanan Pendidikan Datuk Radzi Jidin berkata ia susulan kelulusan Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA) bagi penggunaan vaksin Pfizer-BioNTech untuk kanak-kanak 12 tahun ke atas.
Menurut perkongsiannya di laman Facebook, beliau menjelaskan bahawa sehingga kini, lebih 90,000 guru telah menerima sekurang-kurangnya satu dos suntikan vaksin. Radzi turut berkongsi sebuah video ringkas dimana Khairy memberi penerangan berkaitan dengan perkara tersebut.
Menurut Khairy, data yang diterima daripada KPM terdapat 357,000 pelajar Tingkatan Lima dan 47,000 guru yang mengajar pelajar Tingkatan Lima.
Inisiatif ini dilakukan kerana pelajar yang menghadapi peperiksaan awam perlu kembali ke sekolah untuk persediaan menghadapi peperiksaan. Tumpuan akan diberikan kepada tahun peperiksaan terlebih dahulu untuk memberi inokulasi kepada guru, kakitangan sokongan sekolah serta pelajar tahun peperiksaan.
Semoga dengan usaha ini dapat melancarkan sistem pendidikan di Malaysia dan lebih ramai lagi menerima suntikan vaksin dengan segera.
Sama-samalah kita membantu menangani wabak ini daripada terus menular dikalangan masyarakat Malaysia.