
Ratu gimnastik negara, Farah Ann kini menjadi model Barbie pertama di Malaysia apabila Mattel mengeluarkan edisi khas patung Barbie yang menyerupai dirinya. Patung ini dicipta khas bagi projek ‘Dream Gap’ dengan harapan memberi inspirasi kepada kanak-kanak untuk merealisasikan impian mereka dengan tema ‘Anda Boleh Jadi Apa Sahaja, Anda Boleh Jadi Atlet’.
Patung barbie yang berambut hitam dan mengenakan pakaian merah jambu, putih dan emas adalah pakaian yang dipakai oleh Farah Ann ketika Sukan SEA ke-29 di Kuala Lumpur dan Sukan Komanwel 2018 di Gold Coast.

Walau bagaimanapun, patung Barbie yang diberi nama ‘Shero’ itu tidak akan berada dalam pasaran untuk tujuan jualan dan ia adalah yang pertama dan satu-satunya yang dicipta di Malaysia.
Selain Farah Ann, terdapat beberapa atlet Malaysia lain yang turut dipilih menjadi model Barbie dan antaranya termasuk legenda skuasy negara, Datuk Nicol Ann David, penerjun Olimpik Leong Mun Yee, jaguh tenpin boling Shahlin Zulkifli dan atlet luncur ais pecut, Anja Chong.

Bertuah Farah Ann dah ada patung Barbie yang menyerupai dirinya. Bukan semua orang dapat peluang ni kan. Tahniah!
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
“Rasa Insaf Tengok Perjuangan Mereka” – Elly Mazlein Akui Keputusan Bertudung Datang Lepas Tonton Misi Gaza!

Penyanyi dan pengacara popular, Elly Mazlein, mengakui keputusan untuk berhijab bukan dibuat secara tergesa-gesa, sebaliknya datang dengan penuh keikhlasan selepas hatinya tersentuh melihat keberanian para sukarelawan yang menyertai misi kemanusiaan Global Sumud Flotilla (GSF) ke Gaza baru-baru ini.

Elly atau nama sebenarnya Sharifah Aida Mazlina Syed Hanafi berkata, kesedaran untuk menutup aurat hadir secara semula jadi selepas dia mengikuti rapat perkembangan misi bersejarah itu yang disertai ramai aktivis dan artis Malaysia termasuk Heliza Helmi dan Ardell Aryana.
“Saya mohon semua doakan yang baik-baik untuk saya. Sudah tentu saya sentiasa mahukan yang terbaik untuk diri sendiri. Tiada istilah cuba-cuba. Kadang-kadang jihad seseorang itu yang buat diri rasa insaf. Rasa kagum dan sangat hebat, terutama sekali melihat semangat rakan-rakan yang terlibat dengan misi GSF ke Gaza,” katanya.
Pelantun lagu Usah Ditambah Bara Yang Tersimpan itu turut berkongsi bahawa perjuangan sukarelawan di bumi Palestin benar-benar membuka matanya tentang makna sebenar pengorbanan, kekuatan iman dan keberanian dalam mempertahankan kebenaran. Melihat semangat wanita berhijab yang berdiri di barisan hadapan tanpa gentar membuatkan dirinya mahu berubah ke arah lebih baik.
“Mereka berjuang untuk bantu saudara kita yang ditindas, tapi dalam masa sama masih menjaga maruah dan aurat. Dari situ saya rasa sangat malu dan tersentuh. Saya fikir, kalau mereka boleh kuat di sana, kenapa saya tak boleh berubah di sini?” luahnya lagi.
Dalam masa sama, Elly turut menegur segelintir pihak yang masih mempertikai usaha para sukarelawan yang membawa mesej keamanan dan bantuan ke Gaza.
“Saya mohon sangat, hentikan kata-kata yang bukan-bukan. Usaha mereka itu cukup baik. Mengapa perlu kita patahkan semangat mereka dengan kata-kata yang tidak cerdik? Daripada sibuk mempertikai, lebih baik kita sama-sama doakan mereka yang sedang berjuang dalam misi Global Sumud Flotilla,” tegasnya.
Keputusan Elly untuk berhijab disambut dengan penuh rasa bangga oleh peminat dan rakan selebriti yang memuji perubahan positif dirinya. Ramai juga menganggap penghijrahan itu sebagai bukti bahawa hidayah boleh hadir melalui pelbagai cara, termasuk melalui perjuangan kemanusiaan yang menyentuh jiwa.
Kini, penampilan sopan dan tenang Elly menjadi inspirasi kepada ramai wanita muda yang turut berusaha memperbaiki diri. Baginya, perubahan bukan sekadar soal imej, tetapi tentang kekuatan hati untuk mendekatkan diri kepada Allah.
“Saya hanya harap Allah tetapkan hati saya. Saya nak istiqamah, nak jadi lebih baik, dan semoga perubahan ini kekal sampai bila-bila,” katanya penuh rendah diri.
Langkah berani Elly Mazlein ini membuktikan bahawa setiap insan boleh berubah apabila hati disentuh oleh kisah perjuangan dan kasih sayang sesama manusia. Kadang-kadang, keinsafan yang datang tanpa dijangka mampu menjadi titik mula kepada perjalanan hijrah yang paling indah.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Pelakon It’s Okay To Not Be Okay, Lee Eol Meninggal Dunia

Sebuah lagi khabar duka yang berlaku dalam dunia hiburan Korea Selatan apabila pelakon veteran Lee Eol dikhabarkan telah meninggal dunia kerana kanser.
Agensi Lee Eol, Starit Entertainment berkongsi khabar duka itu pada 26 Mei 2022, “Selepas bertarung dengan kanser tekak, Lee Eol meninggal dunia pagi ini.” Pelakon lelaki ini telah melawan penyakit kansernya itu sejak tahun 2021 selepas tamat drama Voice 4.

Bintang itu juga pernah muncul dalam banyak k-drama popular, antaranya dia memainkan watak Ko Dae Hwan, bapa Ko Moon Young dalam drama It’s Okay To Not Be Okay, serta watak bapak kepada Choi II Kwon dalam siri 18 Again.

Antara drama-drama lain yang pernah dibintangi oleh Lee Eol adalah ‘Move To Heaven’, ‘Love Scene Number’, Justice’, dan ‘Watcher’.
Lee Eol kini ditempatkan di Pusat Perubatan Seoul dan pengebumiannya akan diadakan pada 28 Mei 2022.
Takziah kami ucapkan kepada seluruh keluarga dan rakan-rakan mendiang Lee Eol.
Sumber: (1)
**
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Nak Flawess, Tak Ada Jerawat! Ini 6 Pantang Di Muka Kena Tahu

Ramai remaja mengeluh bila kulit muka dipenuhi jerawat. Bintik-bintik merah ini menjadi igaun ngeri bagi remaja lelaki dan perempuan kerana kebiasaannya, muka mereka yang ditumbuhi terlampau banyak jerawat akan membuat keyakinan diri menjadi kurang.
Sebenarnya untuk mendapatkan kulit muka yang bersih tanpa ada sebarang noda dan cela, ada beberapa rahsia yang korang patut tahu dan amalkan. Rahsia ini dikongsi oleh Puan Ony Nurhusni. Menurut Ony, untuk mendapatkan kulit wajah yang cantik, ada beberapa pantang yang harus difahami. Apa pantang larangnya?

Pantang 1 : Cuci muka terlalu kerap
Ada 2 sebab kenapa kita tak boleh cuci muka terlalu kerap
- Boleh menyebabkan kulit terlalu kering dan hilang kelembapan selepas dicuci
- Kulit akan cenderung menjadi lebih berminyak dan berjerawat .
Oleh itu, pemilihan pencuci muka yang betul mengikut jenis kulit juga sangat penting
Pantang 2 : Gosok muka terlalu kuat
Ramai yang ingat bahagian yang ada jerawat atau bermasalah kena gosok dan sental lebih kuat untuk mengeluarkan sebum dan kotoran di dalam liang roma. Sebaiknya, elakkan mengosok kulit dengan terlalu kuat kerana tindakan ini boleh menyebabkan kulit menjadi kemerahan dan men’cederakan’ kulit.
Pantang 3 : Skrub muka terlalu kerap
Kebiasaannya, mekanikal eksfoliator seperti scrub mempunyai tekstur berbiji-biji yang agak kasar. Elakkan menggunakan scrub terlalu kerap kerana lama-kelamaan ia menyebabkan kulit menjadi agak nipis, menjadi lebih sensitif dan kemungkinan juga boleh menyebabkan jerawat.
Kekerapan skrub yang disarankan ialah 1-2 kali seminggu saja, ok.


Pantang 4 : Membiarkan syampu rambut terkena kulit muka
Syampu rambut mengandungi bahan pelembab atau minyak serta bahan kimia lain yang boleh meningkatkan iritasi pada kulit muka terutamanya yang jenis sensitif. Apabila terkena pada muka, bahan-bahan tersebut juga kemungkinan menyebabkan jerawat atau ruam-ruam halus terutamanya di bahagian dahi.
Apa yang boleh dilakukan ialah, syampu rambut dahulu, kemudian baru lah mencuci muka dengan pencuci muka.
Pantang 5 : Biar peluh kering sendiri tanpa dilap
Jangan dibiarkan peluh kering sendiri di muka tanpa dilap. Sebaiknya jika boleh, lap lah muka dengan kain yang bersih untuk mengelakkan peluh anda kering dan menyerap kedalam kulit muka anda. Peluh anda mungkin mengandungi kotoran, asap serta debu bersamanya.
Pantang 6 : Berkongsi tuala badan dan tuala muka
Ramai yang buat ni kan? Lap muka menggunakan tuala badan. Lebih elok jika kita asingkan tuala untuk muka dan badan. Tualan badan anda mempunyai kotoran, sangat mudah ia merebak ke muka anda juga. Lagipun tuala badan kita lebih banyak melekat kotoran atau kuman berbanding tuala muka.
Credit sharing : Fb Puan Ony Nurhusni
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!

