Berita

Ranking Harimau Malaya Jatuh Ke-132 Dunia Setelah Piala Asia 2023 Berakhir

Share

Seperti dijangka, ranking skuad Harimau Malaya jatuh dua anak tangga dikedudukan No. 132 dunia selepas berakhir kempen Piala Asia 2023 yang berlangsung di Qatar bulan lepas.

ARTIKEL BERKAITAN: Berakhir Dengan Seri 3-3, Kapten Korea Selatan, Son Heung Min Iktiraf Kehebatan Harimau Malaya

Menerusi kemaskini terbaharu yang dikeluarkan Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) sebentar tadi, skuad kendalian Kim Pan-gon terpaksa akur dengan kedudukan terkini berbanding No. 130 yang dicatatkan pada tahun lalu.

Menurut KOSMO, skuad kebangsaan meraih 1110.17 mata ketika ini selepas merekodkan dua kekalahan kepada Jordan dan Bahrain sebelum bangkit mengikat Korea Selatan 3-3 pada peringkat kumpulan Piala Asia baru-baru ini.

Berdasarkan ranking Asia Tenggara, Thailand mencipta kejutan apabila meraih status No. 1 dengan meraih 1206.72 mata di kedudukan ke-101 manakala Vietnam ke-105 (1194.58 mata)

Malaysia kekal menjadi negara ketiga terbaik rantau ini disusuli Filipina di ranking ke-139 (1086.17 mata) dan negara jiran, Indonesia di kedudukan ke-142 (1072.66 mata).

Skuad Harimau Malaya dijadualkan menjalani kem latihan pusat dalam masa terdekat sebagai persiapan mengharungi dua perlawanan kelayakan menentang Oman pada bulan depan.

+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

SUMBER FOTO/ARTIKEL: KOSMO

IKLAN