Ramai Takut Pakai Pemanas Air, Ini Tip Yang Korang Boleh Lakukan Sebelum Guna

Share

Baru-baru ini, sepasang suami isteri telah dtemui mati dipercayai terkena renjatan arus elektrik di dalam bilik air di sebuah flat di Brinchang, Cameron Highland.

Siasatan awal menemui kesan terbakar di tapak tangan isteri yang dipercayai terkeba arus elektrik ketika cuba membantu suaminya yang sedang mandi menggunakan pemanas air ketika kejadian berlaku.

Hal ini telah membuatkan orang ramai yang takut untuk menggunakan pemanas air di rumah. Namun begitu, terdapat perkongsian yang telah dibuat di media sosial tentang bagaimana untuk menggunakan pemanas air dengan betul.

Foto: senq.com.my

Menurut @arepkasim, bagi mana-mana rumah yang ada pemanas air pastikan setiap minggu korang menekan test ELCB pada pemanas air tersebut untuk melihat sama ada ia boleh menjadi trip atau tidak. Kebanyakan kes seperti ini disebabkan oleh ELCB yang tidak berfungsi.


Jangan lupa untuk tekan seperti gambar di bawah di kotak fius utama rumah korang setiap dua bulan atau dua minggu sekali bagi memastikan ia berfungsi dengan baik. Ini dikenali sebagai Earth Leakage Circuit Breaker (ELCB) dan berfungsi bila terdapat litar pintas, perkakas elektrik yang mempunyai arus elektrik yang bocor akan trip.

Sumber: @arepkasim

Bagaimana untuk memastikan ia selamat digunakan?

Jika ia tidak berfungsi bila korang tekan ia tidak akan trip atau ia menjadi kosong sahaja. Wajib diganti kerana boleh terbakar disebabkan oleh high amp, kabel jadi panas dan akan cair sebab tiada tripping.

Sumber: @arepkasim

Bagaimana air boleh ada arus elektrik?

Ini disebabkan oleh tabung air dalam water heater adalah tembafga. Air dipanaskan di dalam tabung air tembaga itu dan kemudian baru keluar ke shower. Tembaga dan air adalah bahan pengalir elektrik, sekiranya ia mengalami kebocoran maka terjadilah kejadian seperti yang dialami mangsa.


Kes seperti ini bukanlah pertama kali berlaku di negara kita, jadi selepas ini diharap pengguna pemanas air lebih peka dan lakukan tip seperti yang telah dikongsikan ini.

**

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Sumber: (1)

 

IKLAN