Ramai yang mengeluh kerana dikatakan bil elektrik kediaman mereka mendadak naik dalam masa dua, tiga bulan kebelakangan ini.
Tenaga Nasional Berhad (TNB) tidak mengeluarkan bil sejak tempoh PKP dijalanlan kira-kira dari bulan Mac lalu dan rata-rata daripada kita menerima bil anggaran (kecuali pengguna yang menggunakan smart meter, pengguna akan mendapat bacaan sebenar). Bil sebenar hanya mula dibaca bermula pada bulan Jun.
Bila dapat bacaan sebenar inilah yg membuatkan pengguna terkejut kerana menganggap bahawa bacaan bil dibuat secara kumulatif untuk Mac, April dan Mei yang menyebabkan mereka dikenakan caj pada tariff band yang lebih tinggi iaitu 51.6 sen/kWj, 54.6 sen/kWj dan 57.1 sen/kWj.
Hakikatnya, TNB membuat kiraan secara prorata dengan mengambil bacaan secara purata bagi bulan Mac, April dan Mei. Jadi, memang tak sampai pun tariff band yang tinggi itu sekiranya penggunaan pada bulan-bulan tersebut adalah sama seperti bulan sebelum PKP.
Perkongsian ini telah pun dibuat oleh seorang pengguna Facebook, Noor Afifah yang juga memberi contoh pengiraan bagaimana bil elektrik dikira. Menurut pandangannya lagi, kebanyakan pengguna di rumah menggunakan elektrik dalam tempoh PKP melebihi kebiasaannya. Maklum saja semua orang kena duduk di rumah 24 jam sehari.
Ads
Ads
Nak hilangkan bosan, anak-anak main game. Ibu bapa yang bekerja dari rumah perlu gunakan laptop, iPad dan gajet lain yang perlu dicaj. Cuaca pun agak panas masa mula-mula PKP hari tu, aircond dan kipas 24 jam on.
Ramai juga yang suka mencuba resipi-resipi kek dan biskut yang melibatkan penggunaan oven, ibu-ibu pun rajin memasak di rumah. Tahu sahajalah oven banyak guna elektrik (any appliance yang guna heating element memang banyak guna elektrik) lampu pun asyik on semua bilik sebab semua ada di rumah.
Ads
Gambar hiasan
Hal ini yang menyebabkan penggunaan elektrik semakin meningkat dalam korang tidak sedar. Malah, penggunaannya mungkin meningkat dua kali ganda sepanjang tempoh PKP ini. Maka tidak hairanlah sekiranya bil elektrik rumah korang tinggi kan?
Apa juga kaedah pengiraan, pihak TNB juga tidak boleh membuat sewenangnya, ia hanya boleh dilakukan setelah ia diluluskan Suruhanjaya Tenaga (ST). Walau bagaimanapun, kepada pengguna yang terkesan untuk mengemukakan terus aduan kepada ST dan TNB bagi tujuan penilaian (Sinar Harian).
Semoga penjelasan ini dapat memberi sedikit pencerahan kepada individu yang terfikir-fikir kenapa bil elektrik rumah mereka terlalu tinggi.
Medical News Today dari India baru-baru ini telah mengupas satu isu kesihatan baharu berhubung bekas pesakit Covid-19 di kalangan perempuan.
Satu kajian telah dilakukan kepada mengenai kesan jangkitan Covid-19 kepada mereka dan para pesakit sebulat suara bersetuju bahawa Covid-19 telah mengakibatkan kitaran haid mereka tidak teratur.
Bukan itu saja, ada yang terpaksa berdepan pendarahan tidak normal (clotting) dan simptom senggugut (PMS) yang lebih teruk. Bagi bekas pesakit yang sedang datang bulan pula, kitaran haid didapati lebih panjang daripada kebiasaan.
Lalu, ramai yang gusar sekiranya benar jangkitan Covid-19 sememangnya akan menganggu hormon pesakit perempuan.
Tak mustahil, kitaran haid boleh terganggu disebabkan beberapa faktor gaya hidup semasa berdepan jangkitan Covid-19.
Ia mungkin disebabkan oleh kurangnya aktiviti bersifat fizikal yang boleh mereka lakukan semasa rawatan. Mungkin juga tekanan emosi yang dihadapi mengakibatkan reaksi badan terhadap kitaran haid.
Namun, isu ini tidaklah berterusan untuk jangka masa panjang. Selepas tempoh tertentu, kitaran haid mereka akan kembali seperti biasa setelah semua simptom Covid-19 yang dihadapi pesakit beransur pulih.
Malah, kita harus ingat bahawa simptom ini berbeza di antara satu pesakit dan pesakit yang lain.
Edamame, kacang soya muda berwarna hijau yang masih terdapat di dalam pod ini boleh dijadikan sebagai ‘snek’ sihat untuk mereka yang menjaga kesihatan.
Ia berbeza dengan kacang soya yang telah matang berwarna keputihan. Biasanya edamame ini banyak didapati di restoran Jepun yang menjual sushi.
Namun kita juga boleh mendapatkan edamame di pasaraya kerana ia biasanya dijual dalam bentuk sejuk beku. Edamame ini ada kebaikannya kepada kesihatan.
Manfaat edamame untuk kesihatan.
1. Meningkatkan daya tahan tubuh Kacang edamame mengandungi kandungan gizi, vitamin dan antioksidan tinggi yang bermanfaat untuk meningkatkan daya tahan tubuh anda. Jika anda makan edamame secara konsisten, ia mampu menghindari dari pengaruh cuaca buruk yang boleh mengganggu kekebalan tubuh.
2. Mencegah hipertensi dan penyakit jantung Kacang ini juga bermanfaat untuk menghindarkan anda dari penyakit jantung dan tekanan darah tinggi. Kandungan antioksidan pada kacang secara aktif dapat menghancurkan lemak yang berkumpul di dalam tubuh yang menjadi pemicu penyakit jantung dan darah tinggi. Kacang ini juga berkhasiat sebagai zat anti inflamasi dan menyembuhkan rasa keradangan dengan cepat.
3. Mengurangi risiko kanser Kandungan isoflavin pada kacang edamame juga berkhasiat untuk mengurangi risiko kanser prostat dan kanser payudara. Isoflavin merupakan khasiat yang berperanan dalam meningkatkan sistem kekebalan tubuh manusia sebagai pencegah sel kanser.
4. Mempercepat proses pembekuan darah Kandungan vitamin K yang tinggi berfungsi untuk mempercepat proses pembekuan darah. Hal ini sangat bagus untuk anda yang berisiko sering jatuh dan mengalami kecederaan pada kulit untuk meredakannya dengan cepat. Kacang edamame juga berfungsi untuk mencegah osteoporosis dan Alzheimer.
5. Baik untuk sistem pencernaan Kacang edamame mengandungi kandungan serat tinggi sehingga dapat meningkatkan sistem pencernaan pada manusia. Ini penting untuk anda yang sedang diet. Tidak hanya itu, kandungan karbohidrat kompleks dari kacang ini memberikan manfaat lebih untuk memberikan rasa kenyang lebih lama, sehingga anda dapat menolak keinginan untuk makan dalam kuantiti yang banyak.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Sempena perasmian sambutan Ma’al Hijrah peringkat negeri Pahang tahun 2021,/1443H pada hari ini, Pemangku Raja Pahang iaitu Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bertitah agar para pemimpin negara ini untuk berhenti merebut kuasa dan bersengketa sesama sendiri di saat Malaysia sedang bergelut dengan penularan wabak COVID-19.
Sumber Foto : BERNAMA
Titah secara maya dari Istana Abdulaziz itu telah disiarkan secara langsung di Dewan Auditorium Kolej Universiti Yayasan Pahang dan disaksikan oleh para tetamu yang antaranya terdiri daripada Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail.
Pesanan Tengku Hassanal itu relevan apabila melihat kepada suhu permainan politik yang semakin membara baru-baru ini baik dari bahagian kerajaan mahupun pihak pembangkang. Titah baginda, ini adalah masa untuk semua pihak bersatu padu tanpa mengira kepercayaan agama, warna kulit dan fahaman politik serta terus mengamalkan sikap saling menolong.
“Ini bukanlah masanya untuk merebut kuasa, bersengketa mahupun banyak berbicara tanpa berbuat apa-apa tindakan. Kita harus menang dalam peperangan dengan musuh yang tidak kelihatan ini (wabak covid-19).”
Tambah baginda, semangat kejiranan yang tinggi juga harus dipertingkatkan pada waktu ini. Apatah lagi apabila sanak-saudara yang kini berkhidmat di ibu negara tidak mampu pulang dan menziarahi kampung halaman masing-masing. Lantas sebagai jiran tetangga, seharusnya kita saling menolong dan prihatin terhadap mereka yang tinggal berdekatan.
“Pepatah jangan jaga tepi kain orang mungkin tidak lagi relevan.”
“Saya nasihatkan agar kita semua sentiasa prihatin kepada jiran masing-masing dan berikan bantuan bersesuaian kepada yang memerlukan.”
Baginda juga menyeru agar semua pihak termasuk kerajaan negeri, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan swasta untuk sentiasa cakna terhadap rakyat yang memerlukan bantuan ketika pandemik COVID-19. Ini termasuklah bahagian akar umbi penduduk seperti jawatankuasa masjid dan surau untuk teruskan bantuan kepada yang memerlukan.
“Saya tidak mahu ada rakyat saya yang berada dalam kelaparan kerana tidak mempunyai makanan serta keperluan asas untuk meneruskan kehidupan. Satu bakul makanan yang berharga lebih kurang RM100 mungkin kecil pada kita, tetapi pada mereka yang susah, ia amat besar nilainya,” titah baginda.
Diharap apabila umat Islam memasuki tahun baharu dalam kalendar Islam pada hari ini, semangat perjuangan kita juga haruslah berubah menjadi lebih positif. Jangan disebabkan ingin menjamin kuasa dan kepentingan peribadi serta parti masing-masing, kepayahan rakyat dipinggirkan begitu saja. Ikhlaskanlah hati dalam menjalankan tugas.
Sumber : BERNAMA
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Penyanyi versatil, Marsha Milan meluahkan hasrat untuk bergabung dalam sebuah karya istimewa bersama dua lagi figura vokal hebat tanah air iaitu Aina Abdul dan...