Terasa begitu pantas masa berlalu, seperti baru sahaja kita menyempurnakan Bulan Ramadan di rumah disebabkan pandemik COVID-19 dan semua orang menjalani Perintah Kawalan Pergerakan 1.0 , kini tidak sampai sebulan Ramadan akan menjelma lagi.
Namun, pelaksanaan program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan bertemakan “Lindung Diri, Lindung Semua” dilaksanakan dalam tiga fasa bermula 24 Feb lepas dengan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin menjadi individu pertama di negara ini menerima suntikan vaksin itu.
Namun kekeliruan mula timbul dan ramai yang keliru, adakah suntikan ini akan membatalkan puasa dan perlukah ia diambil dibulan puasa?
Ads
Menurut Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri, suntikan vaksin COVID-19 pada bulan Ramadan adalah harus dan tidak membatalkan puasa.
“Untuk vaksin COVID-19, kita putuskan dalam majlis fatwa dan juga fatwa-fatwa lama (pernah menyentuh) kalau berkenaan dengan suntikan vaksin, tiada masalah ia dibolehkan.
“Jika kita lihat sekarang, seluruh dunia membenarkan (suntikan vaksin pada bulan Ramadan) dan terbaharu kita menerima pandangan daripada Mufti Besar Arab Saudi (Sheikh Abdul Aziz Al-Asheikh) yang menyatakan keharusan untuk bervaksin sekalipun pada bulan Ramadan dan tidak membatalkan puasa,” katanya.
Ads
Beliau berkata Mesyuarat Khas Jawatankuasa Muzakarah Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam telah memutuskan perkara itu dua bulan lepas.
Ads
Justeru, beliau berkata dengan pandangan Mufti Besar Arab Saudi itu, ia selaras dengan pandangan ahli fatwa di negara ini.
So, korang semua jangan la risau. Menteri agama pun dah keluarkan kenyataan ini. Jom kita sama-sama dapatkan vaksin dan semoga pandemik COVID-19 ini hilang di muka dunia.
Sumber : BERNAMA
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Seperti yang kita tahu sebenarnya di setiap tempat di serata dunia ini pasti ada keunikannya yang tersendiri.Yelah, lain tempat, lain budaya dan cara kan? Ini adalah antara 5 fakta menarik tentang negara di serata dunia yang mungkin korang tak tahu..
Banyak mayat yang masih ‘terdampar’ di Gunung Everest
‘Green Boots’ adalah gelaran yang diberi kepada si mati. Antara 1 daripada 300 mayat yang meninggal disini. Sumber: South China Morning Post
Bunyinya memang agak mengerikan dan seperti tidak masuk akal, tetapi korang tahu tak sebenarnya Gunung Everest ni, banyak mayat yang masih lagi belum ‘dikutip’ dan meninggal kerana kesejukan yang teramat. Kira-kira lebih daripada 100 mayat masih belum diambil. Gunung Everest juga digelar sebagai ‘The World’s Tallest Graveyard’.
Bukan kerana mereka tidak mahu mengambil mayat-mayat tersebut, tetapi kerana kos perbelanjaannya agak tinggi untuk mengupah orang untuk mengambil mayat-mayat tersebut, dan ianya juga merupakan risiko yang agak tinggi buat mereka. Pada tahun 2017, mereka pernah mengeluarkan hampir US$200,000.
2. Belanda adalah negara yang mempunyai ramai laki-laki yang tertinggi di dunia
Foto hiasan. Sumber: Iluminasi
For guys, siapa je yang taknak susuk badan tegap dan juga tinggi kan? Penulis rasa ramai lelaki diluar sana nak jadi tinggi, supaya nampak lebih macho. Korang tahu tak sebenarnya dekat Belanda rata-rata lelaki disana banyak yang tinggi-tinggi.
Menurut sumber BBC, berdasarkan pemerhatian yang dijalankan pada tahun 2019, laki-laki di Belanda rata-rata mempunyai ketinggian setinggi 182.5 sentimeter, manakala perempuan pula 169.8 sentimeter.
3. Haiwan nasional di negara Scotland adalah Unicorn
Sumber: BBC
Whats your animal spirit? kalau macam penulis, my animal spirit would be lion. Kalau korang nak tahu sebenarnya setiap negara memiliki haiwan nasional masing-masing, seperti di Malaysia kita menggunakan Harimau sebagai haiwan nasional. Tetapi berbeza di negara Scotland pula. Haiwan nasional mereka adalah Unicorn.
Namun, Scotland bukanlah hanya satu-satunya negara yang menggunakan haiwan mitologi sebagai haiwan nasional. Tiongkok,China juga menggunakan Naga sebagai haiwan nasional mereka.
4. Dekat negara Iceland tak ada nyamuk
Sumber: India Today
Pernah tak korang kadang duk tergaru-garu kaki, tangan, dan masa tu korang berharap indahnya dunia kalau tak ada nyamuk. Ha, ada satu tempat dalam dunia ni yang tak ada nyamuk! Dengan suhu yang sangat sejuk, nyamuk tak dapat membiak dan juga hidup ditempat sejuk ini.
5. Ada sebuah kota di Nigeria yang mempunyai nisbah kelahiran anak kembar yang tertinggi
Sumber: NST
Masa zaman kita belajar sains dulu, kita tahu yang kebarangkalian nak dapat anak kembar tu sangat susah, melainkan ada ahli keluarga atau keturunan kita yang mempunyai talian darah sama, ada yang kembar. Tetapi lain pula ceritanya di sebuah kota yang bernama Igbo Ora.
Lebih kurang 50 kes anak kembar daripada setiap seribu kelahiran di kota tersebut. Disebabkan inilah, Kota ini diberi nama ‘Ibukota kembar dunia’
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Kemenangan pingat pertama pemain badminton negara, Lee Zii Jia di Sukan Olimpik pada malam tadi menerusi perlawanan penentuan pingat gangsa acara perseorangan lelaki, sekali gus telah membuatkan rakyat Malaysia bangga.
Terbaharu, tular semula temu bual pemain tersebut dipercayai pada tahun 2022 bersama seorang wartawan yang mengajukan soalan tentang khabar angin berkemungkinan beliau akan bermain untuk negara lain.
Bagaimanapun, atlet tanah air berusia 26 tahun itu tetap dengan pendiriannya akan terus mewakili Malaysia walau apa pun yang berlaku.
“Ketika saya menghantar surat peletakan jawatan itu, saya sudah bersedia dengan perkara yang paling teruk akan berlaku iaitu selama dua tahun tidak akan bersaing dalam mana-mana kejohanan antarabangsa.
“Tapi saya tak pernah terfikir untuk tukar kerakyatan atau main untuk negara lain. Tak pernah. Tak kira apa yang berlaku, saya tetap akan wakili Malaysia,” jelasnya.
Pemerhatian Remaja mendapati, rata-rata warganet terharu mendengar kenyataan juara All England 2021 itu.
“Walaupun dia terasa dan sedih sangat fasal berita yang buat dia down, tapi dia tetap bagi medal to Malaysia. Thank youu so much LZJ,” komen seorang netizen.
“I’m proud of Lee Zii Jia. Thank you for everything… terima kasih mewakili Malaysia,” komen lagi seorang pengguna.
Semalam menyaksikan, kemenangan Zii Jia yang menghadiahkan pingat kedua Sukan Olimpik Paris 2024 untuk Malaysia selepas beregu lelaki badminton negara, Aaron Chia – Soh Wooi Yik memenangi pingat sulung buat kontinjen negara, pada 4 Ogos.
Terdahulu, pada tahun 2022, Lee Zii Jia menghantar surat pelatakan jawatan sebagai pemain Persatuan Badminton Malaysia (BAM) selepas dikatakan tidak tahan dengan tekanan yang diterimanya.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Pernah ditempatkan selama tiga tahun di Sekolah Henry Gurney tidak mematahkan semangat Muhammad Izzad Daniel Abdullah untuk terus bangkit menjadi seorang individu yang lebih baik. malah, remaja berusia 22 tahun ini juga tidak malu berkongsi pengalaman dan mengakui bahawa dirinya pernah menjadi penghuni di sekolah Henry Gurney.
Remaja berkesempatan menemubual Izzad atau lebih mesra dipanggil sebagai Ejad, untuk berkongsi kisah hidupnya agar dijadikan teladan untuk semua lapisan masyarakat, khususnya bagi anak muda.
“Kehidupan saya semasa di waktu sekolah dahulu memang agak liar dan terlampau sosial. Semuanya bermula dengan diri sendiri dan bukannya atas pengaruh kawan-kawan. Saya mempunyai sifat ingin mencuba dan dari situlah kita akan tercari-cari untuk melakukan perkara yang tidak baik. sampaikan keluarga angkat saya pun dah tak larat nak melayan perangai saya,”
“Saya kemudiannya pergi merantau dan dari situlah bermula saya melakukan perkara-perkara tidak baik seperti mengambil dadah. Asalnya bermula daripada menghidu gam dan perlahan-lahan mula mendekati najis dadah. Seawal usia 12 tahun lagi, saya sudah hisap gam,” cerita Ejad.
Mula dimasukkan ke Sekolah Henry Gurney
“Bila dah hisap dadah mestilah kita nak kena cari duit kan. Saya pula tidak bekerja, kerja pun hanya cukup-cukup makan jadi tukang rumah. Saya mula tertangkap pada usia 17 tahun kerana melakukan jenayah pecah rumah,”
“Sewaktu ditangkap dan diarahkan untuk ditempatkan di Sekolah Henry Gurney, saya berasa sangat sedih kerana perlu berpisah dengan dunia luar. Saya mengambil masa hampir setahun untuk membiasakan diri di sekolah tersebut. Tapi Alhamdulillah, lama-kelamaan saya dapat membiasakan diri dan menjalani kehidupan seperti biasa,”
Bercakap soal akademik, Ejad telah dibuang sekolah sewaktu umurnya 16 tahun lagi. Dia sering ditukarkan sekolah kerana melakukan kesalahan. Namun, sewaktu di Henry Gurney, Ejad meneruskan pelajarannya seperti pelajar sekolah yang lain.
“Di sekolah Henry Gurney menawarkan beberapa bidang seperti pancaragam, sekolah Agama untuk pelajar yang mengambil UPKK, bidang kemahiran, sukan dan unit akademik. Saya memilih untuk meneruskan pelajaran dalam bidang akademik,”
“Kami bersekolah seperti pelajar-pelajar di luar sana juga. Pagi masuk sekolah dan tengah hari tamat persekolahan. Selepas itu, kami diberikan masa untuk melakukan aktiviti bebas. Jadi terpulanglah kepada pelajar sama ada ingin balik ke bilik atau membaca buku,” jelasnya.
Tidak sama seperti dalam drama
“Sekolah Henry Gurney bukan tempat yang seronok. Ia juga bukan tempat untuk berubah tetapi tempat untuk kita belajar berubah. Tempat sebenar untuk berubah adalah di luar sana. Di sekolah Henry Gurney, kami terikat dengan peraturan. Mereka menekankan lebih kepada disiplin dan Henry Gurney adalah salah satu sekolah juvana dibawah sistem Jabatan Penjara Malaysia. Jadi, yang menjadi penjaga kami adalah warden-warden penjara dan unit kawalan penjara,”
“Ia tidak sama seperti yang dipaparkan dalam filem atau drama seperti Juvana kerana kalau kita tengok dalam drama tersebut, ia menunjukkan penjagaan secara kekejaman tetapi di sekolah Henry Gurney yang sebenarnya, warden mendidik tidak sampai mendera dan tidak menggunakan kekerasan. Mereka hanya menggunaka kekerasan apabila kita melakukan kesalahan,” jawabnya lagi.
Keputusan 5A dalam SPM
Walaupun dibuang sekolah sewaktu umurnya 16 tahun, Ejad telah membuktikan bahawa belum terlambat untuk dia menjadi seorang pelajar yang cemerlang.
“Saya hanya sijil UPSR dan tidak menduduki PT3. Sewaktu di sekolah dahulu pun, saya sering ponteng kelas dan tidak pernah belajar. Kalau pergi sekolah hanya sekadar untuk mengambil kehadiran dan kemudiannya saya akan keluar daripada sekolah,”
“Sebelum ini saya tidak pernah mempunyai matlamat dalam hidup. Bila saya di Henry Gurney, saya letakkan satu matlamat dalam hidup dan memfokuskan untuk mencapai matlamat tersebut. So, bagaimana caranya? Saya belajar bersungguh-sungguh supaya satu hari nanti saya akan dapat mencapai matlamat saya itu,”
“Tahun pertama disana saya menyambung pelajaran pada peringkat Tingkatan 4, tapi sewaktu itu saya masih banyak bermain lagi. Bila masuk Tingkatan 5 baru saya mula menekankan pelajaran untuk mendapatkan hasil yang baik. Alhamdulillah, saya mendapat keputusan 5A dalam SPM dan kini melanjutkan pelajaran di peringkat diploma dalam jurusan Pengurusan Penerbangan di salah sebuah kolej di ibu kota,” tambah Ejad lagi.
Kejayaannya ini juga membuka mata masyarakat bahawa seseorang itu boleh mengubah nasibnya selagi mereka berusaha dan ikhlas mahu benar-benar berumah. Paling penting, kenalah istiqamah. Ejad juga bertuah kerana mendapat sokongan keluarga angkatnya dan orang sekeliling yang sering memberikan kata-kata positif kepadanya.
Ejad juga menasihatkan remaja di luar sana agar tidak melakukan atau mencuba perkara-perkara yang tidak baik kerana ia hanya akan mengundang kemudaratan.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!