Batu tunggul yang menjadi ikon pelancongan di perairan Taman Negara Bako, Sarawak disahkan telah runtuh pada petang Selasa, 13 Februari.
Batu berbentuk seakan kepala ular tedung yang muncul dari permukaan air itu telahpun menjadi salah satu imej yang sinonim dengan negeri Bumi Kenyalang itu bagi menarik kehadiran pelancong dari dalam dan luar negara yang ingin bergambar dengannya.
Batu tunggul itu secara tidak langsung banyak membantu ‘menjana’ sumber pendapatan rakyat di Sarawak sejak Bako diisytiharkan sebagai sebuah taman negara pada tahun 1957.
Memetik kenyataan Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah kepada rakan media di TVS, beliau dimaklumkan mengenai perkara tersebut oleh Ketua Pegawai Eksekutif Sarawak Forestry Corporation (SFC), Abang Arabi Abang Aimran, semalam.
Ads
“Saya berasa amat sedih mendapat berita batu tunggul atau sea stack di Taman Negara Bako telah sampai ke hujung hayatnya dan jatuh ke laut,” katanya. Punca berlakunya runtuhan itu buat masa ini masih belum dikenalpasti.
Sumber: Kiriman orang awam di media sosial.
Berita itu turut tular dikongsi di media sosial dan tinjauan REMAJA mendapati rakyat negeri Sarawak berduka apabila mendapat tahu mengenainya. Sesetengah juga beranggapan ia runtuh akibat hakisan dan gelombang air yang kuat menghempasnya sejak dua tiga hari lepas.
Sebagai info, pembentukan batu tunggul ikonik itu adalah kesan daripada pergerakan gelombang ombak laut selama beratus-ratus tahun. Lalu, timbunannya membentuk batu laut yang unik malah menjadi salah satu khazanah geologi negara.
Selain batu tunggul, Taman Negara Bako juga terkenal dalam kalangan pelancong yang ingin meninjau kekayaan alam semulajadi di Sarawak yang dikatakan mempunyai hampir setiap jenis tumbuh-tumbuhan yang boleh didapati di seluruh kepulauan Borneo.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Peningkatan kes Covid-19 secara drastik di Malaysia semakin meruncingkan hati rakyat awak.
Ramai di kalangan kita yang ‘dihidangkan’ dengan gambaran situasi yang sedang berlaku di bandaraya berstatuskan lockdown.
Seperti di Itali, China dan Amerika Syarikat yang meminta rakyat mereka untuk berada dalam keadaan berjaga-jaga dengan menetap di rumah, pasaraya di sana juga sedang berhadapan kekurangan stok barangan keperluan pada tahap kritikal.
Nampaknya, situasi sama sedang melanda pasaraya di Malaysia bermula hari ini.
Tinjauan REMAJA di beberapa posting yang dikongsikan di media sosial menunjukkan betapa kritikalnya keadaan stok berkurangan di pasaraya AEON.
Beberapa buah cawangan AEON seperti di Shah Alam, One Utama, Kepong dan Metro Prima dilihat ‘diasak’ oleh pembeli sehingga beberapa rak bertukar kosong.
AEON Shah AlamAEON 1 UtamaAEON Kepong
Situasi ini berlaku setelah ramai yang runsing akan kemungkinan Malaysia bertukar status kepada ‘lockdown’. Lalu mereka merebut barangan asas untuk simpanan kecemasan.
Adakah pasaraya di kejiranan korang juga berdepan dengan keadaan sama?
Tapi lain pula situasi yang sedang melanda Amerika Syarikat..
Sebelum ini, tular di media sosial apabila wajah pelajar sekolah menangis menahan sakit dan takut apabila perlu melalui ujian swab test. Ditambah bilangan kes positif mencanak naik dan mencatat kes tertinggi dalam sejarah PKP.
Namun lain pula apa yang berlaku di Itali, pihak berkuasa kesihatan Lazio di Itali melancarkan ujian air liur untuk mengesan jangkitan COVID-19, iaitu suatu proses mudah dan tidak invasif untuk kanak-kanak.
Ujian itu dijalankan secara projek perintis oleh Istituto Grassi di tiga sekolah di bandar Fiumicino, Rom, pada Selasa.
Ujian tersebut memerlukan mereka yang mengambil bahagian untuk mengunyah swab yang seperti gula-gula getah selama lima minit.
Kemudiannya, air liur kemudian dianalisis untuk mengetahui wujudnya antigen COVID-19 dan hasilnya dapat diperolehi dalam tempoh empat hingga lima jam.
Seterusnya, swab tersebut akan dihantar ke hospital untuk analisis pengesahan selanjutnya jika didapati positif.
Tujuannya adalah untuk memaklumkan keluarga tentang sebarang risiko penularan, bagi mengelak anak yang dijangkiti datang ke sekolah pada keesokan harinya.
Sehingga kini, kira-kira 1.2 juta swab, ujian pantas dan jenis ujian lain di lapangan terbang dan pelabuhan, dijalankan di wilayah tersebut dalam usaha membendung penularan COVID-19.
Apa pun mari kita doakan agar COVID-19 ini cepat hilang dimuka bumi.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Semalam pada tanggal 7 Disember 2022, telah berlangsungnya majlis memperkenalkan busana gaun petang dan juga kostum nasional Miss Universe Malaysia (MUM) 2022, Lesley Cheam kepada pihak media. Setelah kedua-dua rekaan tersebut mengisi ruangan berita, pantas ia menjadi tular.
Ramai warganet seolah-olah tidak berpuas hati dengan rekaan yang dipersembahkan. Namun ada juga yang memberi pendapat positif mengenai busana tersebut yang direka khas oleh pereka fesyen tempatan terkenal, Hatta Dolmat.
Antara yang memberi komen positif dan boleh dipandang dari sudut yang membina adalah komen yang ditinggalkan oleh pereka fesyen Jimmy Couture mengenai rekaan gaun petang yang digayakan Lesley. Dia yang terkenal menghasilkan banyak busana untuk peserta ratu cantik tampil memberikan pendapat sebagai insan yang juga berada dalam industri fesyen.
“Just in my opinion. Kita semua perlu hargai dan berterima kasih kepada designer. At least teguran pageant lovers boleh diambil kira dan touch up apa yg patut. Tinggikan slit sedikit supaya kaki nampak lebih panjang. Bab detailing abang Hatta dah ada idea mungkin masa mencemburui.
“Boleh ditambah baikkan evening gown ini. Bukan buruk pun. Tapi boleh enhance detailing bagi nampak berat dan full, atau boleh tambah sedikit statement pada evening gown ni. No hate just loves. Saya faham pageant lovers nak yang terbaik untuk Malaysia. Sebab pageant lovers nak balas dendam setelah sekian lama kita unplaced.
“Jimmy sayang HD sebab dia ramah dan baik. Ramai juga yang mention Jimmy tapi tu la. Kita dalam industri yang sama ada signature masing-masing. Just respect each other. Thats all,” tulis Jimmy pada ruangan komen di Instagram REMAJA yang memaparkan rekaan gaun petang rekaan Hatta Dolmat yang digayakan Lesley Cheam.
Mengimbau kembali konsep yang dipersembahkan oleh Hatta Dolmat mengenai baju gaun petang rekaannya. Busana tersebut telah diinspirasikan daripada Nebula yang merupakan kumpulan bintang yang berserakan di ruang sistem angkasa. Jadi tidak hairanlah kita dalam lihat perincian batuan berkilau menghiasi busana tersebut.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!