Rakyat Malaysia Tak Teragak-Agak Dapatkan Vaksin COVID-19 Di Singapura

Share

 

Jujurnya, ramai saja rakyat Malaysia sudah bersedia untuk disuntik dengan vaksin COVID-19 setelah beberapa negara lain kini aktif memulakan kempen bersama rakyat negara masing-masing.

Namun seperti yang dijelaskan oleh Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi iaitu Khairy Jamaluddin pada bulan lalu, terdapat kelewatan bagi Malaysia mendapatkan vaksin disebabkan oleh faktor kos.

Negara jiran, Singapura sebagai contoh berjaya menjadi negara pertama Asia untuk menerima vaksin Pfizer-BioNTech seawal bulan Disember kerana, “mereka mempunyai kemampuan kewangan yang lebih besar.”

Tambah beliau, adalah lebih penting bagi Malaysia mengurus jangkaan memandangkan pelan vaksinasi Malaysia akan mengambil masa sehingga 18 bulan untuk kesemua rakyat.

Kelmarin, BERNAMA melaporkan sejumlah rakyat Malaysia yang bekerja di Singapura menjadi di antara penerima suntikan vaksin

Pfizer-BioNTech baru-baru ini.

Sebahagian daripada mereka telah berkongsi perngalaman menerima suntikan termasuklah lelaki yang dikenali sebagai Imra Astata Ibrahim, 40.

Beliau yang bekerja dalam sektor marin telah menerimanya pada 13 Januari lalu dan akan menerima suntikan kedua selepas 21 hari.

Kata beliau, mereka sekumpulan telah dimaklumkan mengenai kemungkinan adanya kesan sampingan selepas menerima suntikan. Setakat ini mereka masih sihat, cuma beliau merasa sedikit kebas pada hari kejadian seperti yang biasa kita rasai selepas menerima apa-apa suntikan.

Berbanding Malaysia yang memerlukan 18 bulan untuk program vaksinasi, Singapura dijangka akan menerima vaksin mencukupi bagi keseluruh rakyatnya sebelum akhir 2021.

IKLAN