“Rahsiakan Tunang, Hebahkan Perkahwinan”, Finalis Hero Remaja Disatukan Dengan Zara Zya

Share

Tak terlambat rasanya untuk kami ucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada ‘Abe’ kami yang seorang ini!

 

Pelakon dan finalis Hero Remaja 2011/12, Hafreez Adam selamat disatukan kepada pelakon, Zara Zya dalam satu majlis pertunangan, semalam.

Hafreez dan Zara sebelum ini tidak merahsiakan hubungan mereka berdua daripada pengetahuan umum. Namun majlis pertunangan semalam tidak dihebahkan dan hanya diketahui ramai selepas ia selamat dijalankan.

Mereka berdua mempunyai alasan sendiri untuk tak menjemput terlalu ramai pihak ke majlis tersebut.

Menurut Hafreez menerusi satu posting di Instagram, “Minta maaf kerana tak memaklumkan lebih awal kepada semua.

“Seperti yang kita tahu, adalah lebih baik untuk ‘merahsiakan pertunangan, hebahkan perkahwinan’. Dalam situasi kami, kami mahu berkongsi berita gembira ni untuk mereka yang tak henti-henti mendoakan yang terbaik untuk kami.

“Dan kami tak harapkan apa-apa melainkan doa yang baik-baik dari semua,” jelasnya.

Alah, itu keputusan mereka dan keluarga untuk mengadakan majlis intimate. Kita sebagai peminat dan rakan perlu hormatinya and be happy for them both.

Tahniah Hafreez dan Zara!

IKLAN