Penjagaan bawah lengan atau ketiak adalah kawasan yang sering diabaikan. Kepentingannya adalah sangat besar terutama jika anda yang suka memakai pakaian tanpa lengan.
Maksud ketiak hitam di sini bukanlah disebabkan oleh warna asal kulit tetapi lebih merujuk kepada keadaan yang nampak sedikit kotor dan ‘berkerak’.
Ini merupakan satu masalah lazim yang berlaku terutamanya buat golongan remaja dan yang berumur 30 tahun ke bawah. Adakah ia disebabkan hormon atau tersilap menggunakan produk deodoran?
Jom sama-sama ikuti 10 punca utama yang boleh menyebabkan ketiak menjadi hitam.
Tabiat Mencukur
Mungkin ramai di antara korang memilih untuk mencukur ketiak kerana ingin lebih selesa. Namun dengan cara yang salah ia boleh menyebabkan iritasi pada kulit lantas menyebabkan ia menjadi hitam. Cara yang salah serta penggunaan perlatan mencukur tidak sesuai juga boleh menyumbang kepada keadaan ini.
Jangan Cabut
Awas, jangan sebarang cabut ya. Tabiat korang yang suka mencabut bulu ketiak juga boleh menyebabkan kehitaman. Ia boleh mengganggu kulit bawah lengan terutamanya bila ia dicabut secara keseluruhan.
Pakaian Ketat
Memakai pakaian yang terlalu ketat terutamanya di bawahan lengan dapat meningkatkan risiko kehitaman ketiak. Ini kerana kulit di baawah lengan tidak dapat ‘bernafas’ dengan baik akibat tidak memiliki ruang mencukupi.
Ads
Jangkitan Bakteria
Ini merupakan antara punca lazim yang menyebabkan keadaan kulit bawah lengan menjadi hitam. Ia bukan sahaja jadi hitam tetapi bau badan juga akan menjadi sangat busuk. Bakteria yang sebabkan keadaan ini dikenali sebagai corynebacterium minutissimum.
Kumpulan Sel Mati
Antara punca utama ketiak menjadi hitam ialah akibat jarang membersihkan di bahagian tersebut. Lantas ia menybebkan banyak sel kulit mati terkumpul dan lama-kelamaan menyebabkan bahagian kulit bawah lengan menjadi gelap.
Merokok
Umum sudah mengetahui bahawa tiada satu pun faedah yang korang boleh dapat jika merokok. Malah, ia hanya boleh mendatangkan pelbagai jenis keburukan. Bagi perokok tegar lama-kelamaan kulit di bawah lengan mereka akan menjadi gelap. Oleh itu, jauhilah dari rokok!
Sel Kulit Mati
Kulit kita akan sentiasa melalui prores regenrasi kulit. Begitu juga dengan bahagia bawah lengan yang akan sentiasa menghasilkan sekl kulit mati. Jadi bila korang mandi gunakan sabun skrub yang sesuai untuk membersihkan dan membuang sel kulit mati.
Hormon
Setiap orang mempunyai perubahan hormon yang berbeza-beza. Dan untuk sesetengah orang yang hormonnya tidak stabil mereka akan selalu berpeluh terutamanya bahagian bawah lengan. Usah risau, jika berdepan dengan keadaan ini dapatkan nasihat daripada doktor. Untuk seimbangkan kadar hormon pastikan terlebih dahulu korang mengambil makanan yang sihat.
Deodoran
Setiap orang mempunyai jenis kulit, kadar respirasi dan juga kondisi hormon yang berbeza. Oleh itu, korang harus bijak memilik deodoran yang sesuai dengan jenis kulit. Jika tersalah memilih jenis deodoran yang tidak sesuai ia juga boleh sebabkan kehitaman ketiak.
Ads
HILANGKAN DAKI DENGAN LIMAU NIPIS. BADAN PON WANGI !
Bila dah jadi macam ni boleh la tenyeh dekat ketiak tu atau tempat yang berdaki. Nanti daki tu akan hilang lama-lama, gosok-gosok ketiak, leher, kawasan yang berdaki.
Biar 20 minit dan basuh. Mandi terus laa haha. Taraa badan dah bersih dan wangi
Selamat mencuba!
BACA LAGI : 4 Sumber Semulajadi Ini Mampu Atasi Masalah Bawah Lengan & Ketiak Hitam
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Semalam telah berlangsungnya pentas akhir Miss Face of Humanity di Kanada. Pertandingan yang buat julung kalinya diadakan ini telah menyaksikan seramai 17 peserta mengambil bahagian dalam pertandingan ini dan masing-masing bangga mewakili negara tercinta.
Salah sebuah negara yang bertanding adalah Thailand menerusi perwakilan oleh Bew Nuttha Thongkaew. Semestinya wakil dari negara gajah putih ini tidak mengecewakan dengan raut wajah yang cantik dan tubuh yang langsing, dia menyerlahkan aura seorang ratu.
Apabila melalui sesi kuarantin dalam pertandingan, pelbagai aktiviti diadakan. Antara aktiviti yang paling mendebarkan semestinya sesi soal jawab bersama para juri. Sesi ini seperti yang kita sedia maklum, bakal menentukan nasib peserta yang akan mara ke peringkat seterusnya.
Apa yang menarik perhatian ketika sesi soal jawab, Bew Nuttha telah menggayakan sepasang kebaya dalam rona biru gelap dan biru cair siap dengan sulaman mewah. Eh, kenapa kebaya?
Kalau pembaca nak tahu kebaya bukan hanya menjadi busana tradisi di Indonesia, Singapura dan Malaysia sahaja, di Thailand pun ada komuniti yang menjadikan kebaya sebagai pakaian tradisi mereka. Di sana busana kebaya ini dikenali sebagai Banong.
Menurut penjelasan oleh ratu cantik berusia 28 tahun ini, “Saya menggayakan pakaian tradisi Banong dari wilayah sempadan selatan Thailand iaitu Pattani, Yala dan Narathiwat. Ini adalah sebagai perlambangan dan juga simbol keamanan kepada mereka yang melalui keganasan domestik di tiga walayah selatan itu. Saya bawa suara anda bersama saya di Humanity Pageant Global.”
Pakaian tradisi Banong merupakan pakaian yang sama rekaannya seperti kebaya Nyonya yang digayakan masyarakat campuran Melayu-Cina di Malaysia, Indonesia dan Singapura. Selain mengenakan pakaian ini, Bew Nuttha turut melengkapkan gaya keseluruhannya dengan aksesori Yan Lipao iaitu rekaan beg turun temurun berasal dari daerah Nakhon Si Thammarat yang merupakan sebuah bandar di Selatan Thailand.
Wanita anggun ini menamatkan saingan di pentas finale Miss Face of Humanity di kedudukan top 10. Wakil Indonesia, Nadia Tjoa dimahkotakan sebagai pemenang sulung pertandingan ratu cantik ini.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Kebiasaannya air alkali dikaitkan dengan kadar pH yang tinggi. Banyak syarikat-syarikat penapis minuman mempromosikan minuman beralkali agak baik untuk kesihatan tubuh badan kita.
Perkongsian dari Faizzuddin Abd Razak di Sembang Science berkongsi maklumat mengenai air beralkali. Semua jenis air memang baik namun jika diambil secara berlebihan, ia akan mengganggu sistem penghadaman terutama perut yang bersifat asidik. Baca perkongsiannya.
KEKERAPAN MINUM AIR ALKALI TIDAK BAGUS?
Memang betul darah manusia pHnya (potential Hidrogen) ialah 7.35 hingga 7.45 sedikit alkali.
Tapi ingat berlebihan dalam pengambilan minum air alkali akan mengganggu sistem penghadaman terutama perut yang bersifat asidik.
Bila asid dalam perut berkurang sebab dineutralkan dengan air alkali maka mekanisma pertahanan asid hidroklorik nak menghadam dan membunuh bakteria yang berada di makanan berkurangkan membuatkan jangkitan di salur permakanan.
Masa yang sama, ia boleh menjadi penyebab kepada metabolik alkalosis (Boleh rujuk gambar tentang gejala dan tanda metabolik alkalosis)
Dos penentuan kepada keracunan
Metabolik alkalosis lebih kepada penyakit endokrin dan metabolic. Untuk pesakit buah pinggang mereka perlu berhati hati sebab itu mereka ada pengambilan darah untuk menentukan profil renal dan serum elektrolit
Selain itu boleh dideteksi siapa pengidap penyakit ini dengan menggunakan kaedah pengambilan darah “arterial blood gases “ memang terus ambil darah dari arteri bukannya vein memang memancut darah kalau tak di plaster kuat selepas prosedur.
Ini baru alkalosis belum lagi asidosis pun ada juga punca dan sebab tertentu.
Kerisauan penyebaran wabak corona virus atau disebut juga sebagai Covid-19 sampai ke kemuncaknya apabila Pertubuhan Kesihatan Sedunia hari ini mengumumkan virus ini mencapai status pandemik.
Menurut Pengarah Pertubuhan Kesihatan Dunia, Tedros Adhanom Ghebreyesus dalam sidang akhbar dipetik dari CBBC.Com, Covid-19 diumum ke status pandemik kerana berlaku peningkatan berganda dalam tempoh terdekat.
“Kadar peningkatan penyebaran wabak ini meningkat 13 kali ganda di China yang bermula dari Wuhan. Malah negara-negara lain juga kadar peningkatannya meningkat tiga kali ganda dari asal. Dalam pemerhatian dan pemantauan rapi dibuat oleh WHO, perkiraan jumlah kes, jumlah kematian dan jumlah negara yang dijangkiti meningkat dengan cepat.
Masa yang sama, Tedros memaklumkan, ada negara yang mampu mengekal penyebaran Covid-19 namun ada negara bertindak lambat dan gagal mengekang penularan wabak ini,” katanya menambah WHO sangat prihatin dengan wabak ini.
Apa korang perlu tahu tentang Pandemik?
Menurut info grafik dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia, Endemik, Epidemik dan Pandemik mempunyai maksud berbeza.
PANDEMIK bermaksud semua daerah / orang. Kejadian wabak besar-besaran ke seluruh dunia.
Merentasi wilayah dan melibatkan populasi yang besar. Kebiasaannya melibatkan jangkitan penyakit baru (Novel).
Ciri Pandemik adalah melibatkan kadar serangan yang tinggi dalam masa yang singkat. Ia melibatkan sebaran yang pantas dan menyebabkan kadar kematian yang tinggi.
Contoh wabak yang pernah dikategorikan sebagai Pandemik ialah Black Death di antara kurun ke 14 hingga kurun ke 17 yang melibatka kematian 2/3 penduduk dunia (penyakit hawar/ Yersinia pestis).
So korang, sila pastikan tidak terlalu terdedah kepada umum seperti yang selalu diwar-warkan oleh pihak berkuasa kita kerana kita tidak tahu siapa yang dijangkiti dan sebagainya. Ini kes yang sudah sembuh dicatatkan di Malaysia setakat semalam.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!