Pelakon kacak terkenal Korea Selatan, Park Bogum baru-baru ini meraih perhatian para peminat apabila beliau secara rasmi dilantik sebagai duta kehormatan Lapangan Terbang Antarabangsa Incheon selepas pengumuman itu dibuat oleh Incheon International Airport Corporation (IIAC) pada Selasa, semalam.
Memetik laporan media Korea Selatan, majlis pelantikan berlangsung sehari sebelumnya, iaitu pada 15 September yang bertempat di auditorium IIAC. Dalam majlis tersebut, Presiden IIAC, Lee Hak Jae telah menyerahkan sijil pelantikan rasmi kepada Park Bo-gum sebagai simbolik peranannya.
Menurut Presiden Lee, beliau menyatakan rasa bangga dengan pemilihan aktor berkenaan.
“Ini merupakan suatu kehormatan untuk melantik Park Bo Gum, seorang selebriti yang dikagumi kerana kemampuan lakonan, berkualiti sebagai bintang, dan karakternya sebagai duta kami,” katanya.
“Kami berharap beliau dapat memainkan tanggungjawab penting dalam meningkatkan nilai dan jenama Lapangan Terbang Antarabangsa Incheon di dalam dan luar negara serta memperkuat komunikasi dengan publik,” tambahnya lagi.
Ads
Dalam pada itu, sebagai duta kehormat, Park Bogum akan memegang peranan tersebut selama tiga tahun. Sepanjang tempoh itu, beliau dijadualkan terlibat dalam pelbagai aktiviti promosi lapangan terbang yang merupakan antara hub penerbangan terbesar di Asia.
IIAC turut memaklumkan bahawa kempen promosi yang dirancang bukan sahaja menekankan imej mesra lapangan terbang tersebut, malah akan menonjolkan kemudahan pintar, perkhidmatan praktikal serta projek inovasi berskala besar yang sedang dijalankan.
Ads
Sebelum ini, gelaran duta kehormat Lapangan Terbang Antarabangsa Incheon pernah disandang oleh beberapa nama besar termasuk penyanyi soprano Sumi Jo, ratu luncur Kim Yuna, bekas pemain bola tampar kebangsaan Kim Yeong Koung serta kumpulan K-Pop popular, AESPA.
Menerusi pelantikan ini, Park Bogum dijangka memberi nilai tambah bukan sahaja dari segi promosi antarabangsa, malah turut mengukuhkan lagi jenama Lapangan Terbang Antarabangsa Incheon sebagai pintu masuk utama Korea Selatan kepada dunia.
Sekadar info, pada 13 September lalu, Park Bogum baru sahaja menamatkan jelajah fan meeting beliau di Kuala Lumpur yang menerima sambutan hangat daripada para peminatnya di Malaysia.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Pada permulaan Perintah Kawalan Pergerakan akhir Mac lepas, nama Gardenia sering disebut-sebut netizen kerana jualan roti tersebut mendapat sambutan luar biasa daripada masyarakat Malaysia.
Ramai yang berkongsi video di media sosial menunjukkan bahawa rak roti Gardenia telah kosong dalam beberapa minit sahaja, malah ada juga insiden rebut-merebut untuk gara-gara sebuku roti.
Memang dahsyat penangan Gardenia ni kan?
Disebabkan itu, seorang pemuda telah mengambil inspirasi untuk menghasilkan lukisan tangan dengan tema Gardenia pada sebuah kasut Nike.
Video penghasilan lukisan tangan ini turut dikongsi dalam laman YouTube uglyTv. Seni kreatif yang dimiliki oleh akeemxx ini bukan hanya kepada bidang lukis tangan, namun lelaki ini juga berbakat dalam seni graffiti.
Memang kreatif dan berbakat, korang juga boleh membuat tempahan daripada akeemxx, jika berminat dengan hasil tangan beliau.
Kalau selama ini jeans korang tak tahan lama dan cepat lusuh rasanya mungkin sebab korang salah mencuci jeans tu.
Menurut CEO jenama jeans terkemuka, Levis, Charles V. Bergh mengatakan bahawa ia tidak sarankan untuk jeans tersebut di cuci dengan mesin basuh. Selain daripada boleh merosakkan seluar, teknik cucian ini juga dilihat sebagai satu pembaziran air.
“Rata-rata seluar jeans yang dicuci dengan mesin basuh memerlukan 3.5 liter air untuk pencucian seminggu sekali selama tempoh dua tahun. Separuh daripada jumlah air yang digunakan, jumlahnya setara dengan 6700 gelas air,” kata Bergh.
Namun begitu, jika tidak dicuci selama berbulan-bulan, jeans tersebut boleh menimbulkan bau yang tidak enak dan mengundang pengumpulan bakteria. Jadi, apa kata selepas ini korang cuba tiga cara yang boleh dilakukan untuk membersihkan bahan jeans tanpa perlu menggunakan mesin basuh atau dicuci dengan tangan.
1. Cuka
Tidak hanya digunakan sebagai pelengkap masakan, cuka juga boleh dijadikan sebagai detergen untuk material jeans. Letakkan satu sudu cuka ke dalam air dingin dan rendam jeans selama setengah jam.
Berbeza dengan sabun yang akan membuatkan warna asal jeans pudar, penggunaan cuka dapat membersihkan seluar dan mengekalkan warnanya.
Jangan risau akan bau yang kurang enak itu sebab selepas jeans tersebut kering, bau itu akan hilang.
2. Wap air
Jangan pernah mencuci jeans dengan menggunakan air panas kerana ia dapat membuatkan material ini mengecut. Sebaiknya, gunakan wap air.
Jika menggunakan water heater, gantungkan seluar atau jaket jeans di ruangan kamar mandi sehingga wap airnya terserap pada material tersebut. Cara ini akan membuatkan pakaian korang kekal segar.
3. Gantung di tempat berangin
Suhu yang tinggi dapat menjadikan jeans mengecut dan kerana itu adalah sangat tidak digalakkan untuk korang mengeringkan cucian jeans pada mesin pengering.
Sebaliknya, cuba gantungkan jeans tersebut di tempat yang tidak terkena cahaya matahari dan cari tempat yang berangin, contohnya gantung di hadapan atau bawah kipas angin.Selamat mencuba!
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Jika dahulu, nama Cheryl Samad begitu sinonim dengan rancangan muzik-muzik yang dikendalikan bersama pengacara terkenal, Faizal Ismail. Namun kelibatnya sudah lama tidak kelihatan apatah lagi drama Ghost yang ditayangkan sekitar tahun 2008 merupakan kemunculannnya yang terakhir di kaca televisyen.
Cheryl atau nama sebenarnya Cheryl Marina Abdul Samad adalah anak kedua daripada tiga beradik, merupakan anak jati Kuala Lumpur,
Kini Cheryl sudahpun memegang status sebagai isteri dan ibu namun pasti ramai tidak menyangka figura ini sudahpun mencecah usia 44 tahun kerana raut wajahnya yang tidak dimamah usia.
Penampilan Cheryl juga masih ayu seperti dulu, tidak ubah seperti anak dara! Malah isteri kepada Ng Ping Ho yang merupakan pengusaha KLoe Hotel ini sudahpun memiliki 2 anak dalam perkahwinannya yang memasuki tahun ke-12 pada 30 April yang lalu.
Pemilik & Pengusaha Hotel
Sejak mendirikan rumah tangga, Cheryl dan Ping bersetuju memperlahan kerjaya masing-masing demi membesarkan anak tersayang. Malah, pasangan ini juga pemilik kepada Kloe yang terletak di tengah kota Bukit Bintang, Kuala Lumpur. Hotel yang bermotifkan seni kraf dan alam ni dimiliki oleh suami kepada hos terkenal, Cheryl Samad. Suaminya, Ng Ping Ho sememangnya seorang usahawan sukses namun pasangan ini cukup low profle.
Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan dua cahaya mata perempuan iaitu Stella berusia sembilan tahun dan Kate, enam tahun.
Artikel ini diambil dan diolah dari NONA.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
JALEN Star Chef 2 melabuhkan tirai dengan penuh gemilang di UiTM Puncak Alam apabila Nur Syafikah Nazurah dinobatkan sebagai juara selepas menewaskan sembilan finalis terbaik dari seluruh negara.