Projek HP Mentorship Kembali Lagi, Cungkil Lebih Banyak Bakat & Kreativiti Terpendam

Share

Anak-anak muda dan remaja masa kini beruntung, kerana adanya projek HP Mentorship yang mampu cungkil bakat kreatif.

Untuk info, 11 mentee telah dipilih untuk menyertai peluang mentorship ini di bawah pengawasan bintang pop Malaysia Zee Avi, penerbit muzik Daniel Veerapen, dan pengarah kreatif berwawasan Edwin Raj dari 33.3 Studio.

Apa yang menarik, sebagai sebahagian daripada program, setiap mentee akan menerima sebuah komputer riba HP yang menakjubkan dilengkapi dengan inovasi yang padu. Macam yang korang tahu, projek HP Mentorship ini bertujuan untuk membantu cungkil lebih banyak bakat-bakat kreatif anak muda ke tahap yang baharu dan lebih tinggi.

Dalam masa yang sama sekaligus dapat mengetengahkan lagi kreativiti di kalangan belia negara yang semakin bijak dan power dalam menggunakan komputer riba terutamanya jenama HP. Sebab tu untuk tahun ini, projek HP Mentorship kembali lagi.

Mentor Bukan Calang-calang Tau!

Untuk kali ini ada tiga orang mentor yang sangat terkenal yang akan membantu kongsikan dengan anda ilmu yang tak akan dapat di mana-mana dengan mudah tau.

Kita ada pencipta lagu terkenal Zee Avi, yang terkenal dengan kerjaya muzik rakyat dan popnya; komposer dan penerbit prolifik; Daniel Veerapen yang akan membimbing pengeluaran muzik dalam program Mentorship ini, yang pernah bekerja untuk pemarkahan filem, rancangan TV, dan menghasilkan muzik untuk berpuluh-puluh artis tempatan dan antarabangsa; serta pemenang anugerah pengarah kreatif, Edwin Raj dari 33.3 Studio yang terkenal dengan produksi audio dan visualnya bersama artis popular di seluruh rantau ini!

Kembangkan Kreativiti Dimana-mana Sahaja

Menurut Zee Avi, peranan teknologi dalam kehidupan seharian telah berkembang luas. Ramai dari kita telah menemui cara menggunakannya dan memanfaatkannya. Dengan teknologi yang diberikan oleh HP, tugasan boleh dilakukan dimana sahaja sama ada di dalam studio atau di luar.

foto via instagram

” Sebagai mentor nyanyian dan penciptaan lagu, saya mahu mereka berjaya sebagai artis baharu di Malaysia. Saya secara khusus mencari jiwa kreatif yang muziknya boleh bercakap kepada dunia melalui suara mereka. Mereka yang ingin bercakap dari hati mereka melalui muzik mereka, yang ingin mencipta dan bekerjasama dengan orang lain, tidak kira genre pilihan mereka. Secara keseluruhannya, kami mencari mereka yang mempunyai minat untuk kreativiti, dan kami membolehkannya dengan menyediakan teknologi yang mereka perlukan. Semua mentee kami mahu mencipta karya seni terbaik yang mereka boleh.” ujar Zee Avi

Kata Zee Avi lagi, beliau mahu kesemua mentee menjadi nama besar dalam industri. Malah, mengharapkan Projek Mentorship HP ini berjaya dan diteruskan setiap tahun!

Jika lebih ramai orang diberi peluang, akan ada banyak individu baharu yang berbakat dalam industri di Malaysia

**

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

IKLAN