Nama : Nur Fatihah Binti HuslahAsal : Segambut, Kuala LumpurUmur : 25 TahunTarikh Lahir : 26 November 2000Pendidikan : Sijil Tamat Kursus Kru Kabin, Graduan Diploma Komunikasi & Media dan Graduan Ijazah Sarjana Muda Komunikasi (Komunikasi Sosial)Hobi : Mengunjungi kafe & 'thrifting'Idola : Eve lily & Sara CamposarconeInstagram :@teyabarbieTikTok :@teyabarbie Sejak di tadika, saya sudah bersekolah di sekolah Cina, jadi majoriti rakan saya berbangsa Cina. Kedua-dua ibu bapa saya berasal dari Indonesia, tetapi kami adik-beradik dilahirkan di Malaysia. Disebabkan itu, saya tidak dapat melanjutkan pengajian di Universiti Teknologi MARA (UiTM), namun saya bersyukur kerana ditawarkan untuk belajar di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI). Sepanjang di universiti, saya aktif sebagai penyampai radio dan juga berlakon. Pada peringkat ijazah sarjana muda pula, saya banyak terlibat dalam penggambaran TVC, dan dari situ saya belajar bahawa bidang ini sangat mencabar dan memerlukan daya tahan yang tinggi. Sebenarnya, saya tidak menjangka dapat tersenarai dalam Top 12 Dewi Remaja kerana cita-cita saya sejak dulu adalah untuk menjadi pramugari. Namun, Alhamdulillah, rezeki saya tertulis di sini. Saya tidak terlalu memikirkan tentang menang atau tidak, misi utama saya adalah untuk belajar dan menimba pengalaman.