Nama : Sharmaine Ilenna Rudy AlexanderAsal : Tuaran, Sabah (Menetap di Kuala Lumpur)Umur : 25 TahunTarikh Lahir : 1 Januari 2000Pendidikan : Graduan Ijazah Sarjana PerundanganHobi : Bersukan, Vlogging, Membaca & BelajarIdola : Ibu, Meghan Markle & Hailey BieberInstagram :@sharmainealexxanderTikTok :@sharmainealexxander Mengekalkan jati dirinya sebagai 'anak kampung' dari Sabah, Sharmaine berhasrat untuk mencipta nama dalam dunia seni di Semenanjung Malaysia. Sejak berusia 13 tahun, Sharmaine sudah memasang impian menetap di Semenanjung memandangkan peluang yang terbentang adalah lebih luas. Gadis yang bergerak aktif sebagai personaliti media sosial ini adalah sebahagian daripada empat orang beradik yang cukup mementingkan Pendidikan. Dua orang kakaknya merupakan peguam di Sabah manakala Sharmaine yang telah menamatkan pengajian di peringkat sarjana pula berkhidmat sebagai peguam di Semenanjung. Menariknya, adiknya juga kini sedang meniti perjalanan dalam bidang perundangan. Misinya dalam pencarian Dewi Remaja 2025 adalah untuk mencedok pengalaman dan mendedahkan dirinya ke dalam bidang seni sebagai seorang pelakon.