NYLEA

NYLEA

Sila daftar | login untuk membuat undian

0
30 Undi
Nama : Nylea binti Adzlan Asal : Kuala Lumpur Umur : 23 Tahun Tarikh Lahir : 04 Februari 2002 Pendidikan : Penuntut Ijazah Sarjana Muda Ekonomi Hobi : Menari dan seni kraf D.I.Y Idola : Zendaya Instagram : @nylears TikTok : @aelynylea
Anak kedua daripada tiga adik-beradik ini dibesarkan dalam keluarga yang tegas dan penuh disiplin. Peranan ibunya sebagai seorang guru disiplin mempengaruhi keperibadian Nylea, namun gadis ini tidak merasakan ia sebagai bebanan kerana faham penerapan tersebut banyak memberi manfaat kepada dirinya sewaktu meningkat dewasa. Terdahulu, Nylea pernah terlibat dalam penggambaran iklan seperti Air Selangor dan iklan Aidilfitri. Disamping itu, Nylea juga meluangan masa dalam aktiviti sukarelawan dengan mengajar kanak-kanak yang tidak berkemampuan. Misi gadis yang aktif dalam kelab kebudayaan dan tarian di universiti ini dalam pencarian Dewi Remaja 2025 adalah untuk mencabar had serta potensi dirinya. Nylea ingin membuktikan personalitinya bukanlah pemalu dan pendiam seperti persepsi orang di sekeliling.