NELYSA KAY

NELYSA KAY

Sila daftar | login untuk membuat undian

0
30 Undi
Nama : Nelysa Khadija binti Mohamed Nazrin Asal : Kuala Lumpur Umur : 22 Tahun Tarikh Lahir : 30 Disember 2003 Pendidikan : Graduan Ijazah Sarjana Muda Perfileman Hobi : Menyanyi, menari, berkhemah bersama keluarga, bermain Pokémon & menyiapkan seni kopi bersama ayah Idola : Ariana Grande Instagram : @nelysakay TikTok : @nelysakay
Anak kedua daripada lima adik-beradik ini sememangnya gemar untuk bereksperimentasi dalam dunia seni tempatan. Nelysa yang merupakan graduan jurusan perfileman ini gemar menimba pengalaman demi mendalami selok-belok industri seni. Projek pertamanya di hadapan kamera bermula sejak usia Sembilan tahun sebagai penari latar Ayda Jebat menerusi lagu Siapa Diriku. Sejak itu, Ayda merupakan salah seorang insan yang banyak menyokong pembabitannya dalam bidang nyanyian, penulisan lagu dan tarian menerusi kumpulan duo, XONE. Menerusi Dewi Remaja 2025, Nelysa mencari peluang untuk muncul buat julung kalinya di kaca televisyen dan membanggakan insan-insan di sekeliling yang percaya dengan potensi dirinya.