Nama : Fittri Muzdalifah Binti IbrahimAsal : Ipoh, Perak (Menetap di Selangor)Umur : 24 TahunTarikh Lahir : 13 Januari 2001Pendidikan : Penuntut Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Perniagaan (UNITAR)Hobi : Menunggang kudaIdola : Maya KarinInstagram :@fittrimuzdalifahTikTok :@f.muzdalifah Anak kelahiran Ipoh, Perak ini dibesarkan oleh ibunya yang merupakan pesara pegawai khidmat pelanggan dan ibu saudara. Menariknya, Fittri membesar dalam persekitaran rumah tanpa televisyen dan lebih banyak main di luar bersama adiknya. Dari situ, Fittri menerapkan dirinya untuk mudah merasa empati terhadap insan di sekeliling walaupun dari luaran, dirinya kelihatan seperti seorang gadis yang 'outspoken'. Sewaktu zaman belajar, Fittri cuba menceburi bidang teater dan baru-baru ini sepanjang empat tahun, Fittri berpeluang untuk banyak mengambil peranan sebagai pelakon tambahan demi menambah pengalaman. Misinya menyertai pencarian Dewi Remaja 2025 adalah demi membuatkan ibunya bangga. Fittri turut ingin membuktikan bahawa seseorang boleh berjaya dengan usaha keras walaupun berasal daripada latar belakang kehidupan yang sukar.