Nama : Ellysa Binti RamleeAsal : Shah Alam, SelangorUmur : 19 TahunTarikh Lahir : 17 Julai 2006Pendidikan : Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)Hobi : Bersukan dan mengacaraIdola : Mendiang Puteri DianaInstagram :@ellysaramlee@ellysagirlbossTikTok :@ellysagirlboss
Ellysa Ramlee tidak kekok untuk melangkah masuk ke pencarian Dewi Remaja 2025 kerana memiliki pengaruh kuat daripada keluarganya yang berasal daripada bidang seni dan kewartawanan. Ibunya merupakans eorang bekas wartawan majalah dan kini aktif sebagai pencipta kandungan di media social, manakala datuknya pula banyak terlibat dengan dunia seni dari belakang tabir. Sepanjang tiga tahun kebelakangan ini, Ellysa cuba melibatkan diri dalam projek-projek iklan TV serta digital, filem dan drama. Keberadaan gadis berdarah kacukan Afghanistan-Melayu-Cina-India ini dalam pencarian kali ini adalah untuk menimba ilmu sebanyak mungkin daripada mentor-mentor senior sepanjang penggambaran serta aktiviti yang dilangsungkan.