Nama : Nur Ezlin Elisa Binti Kamal ChewAsal : Bukit Mertajam, Pulau PinangUmur : 21 TahunTarikh Lahir : 21 Januari 2004Pendidikan : Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)Hobi : Menikmati kopi, bersenam & membacaIdola : Mira Filzah & Hanis ZalikhaInstagram :@elisachew_TikTok :@eLisachew
Dibesarkan oleh bapa berbangsa Cina dan ibu berbangsa Melayu, anak kedua daripada empat adik-beradik pernah menjadi sebahagian daripada peserta program Ceria All Stars di Astro Ceria. Selepas menamatkan zaman persekolahan, Elisa terus meneroki bidang pekerjaan dengan mempunyai perniagaannya sendiri, membuka kafe dan seterusnya menjadi seorang pemandu pelancong di sebuah syarikat komersil sehingga ke hari ini. Mengakui masih baharu dalam bidang seni, misinya di pencarian Dewi Remaja 2025 adalah untuk keluar dari zon selesa dan mencabar diri untuk mencuba pengalaman baharu.