Nama : Dheper Reshaa TehAsal : Pulau PinangUmur : 23 TahunTarikh Lahir : 04 Mac 2002Pendidikan : Graduan Ijazah Sarjana Muda PsikologiHobi : Melancong Idola : Ibu dan AyahInstagram :@dheper_tehTikTok :@dheperteh Anak bongsu yang berasal dari Pulau Pinang ini bertuah kerana dibesarkan oleh ibu-bapa yang menyokong minatnya dan tiga beradik lain yang selalu memberikannya kata-kata semangat. Sejak berusia 16 tahun, Dheper telah menyertai beberapa pertandingan ratu cantik kebangsaan dan pernah juga berjaya merangkul kejuaraan sekaligus berpeluang mewakili Malaysia ke peringkat antarabangsa di China. Dheper juga tidak kekok beraksi di hadapan kamera kerana terdahulu pernah menimba pengalaman sebagai seorang model dan memegang watak sampingan dalam beberapa projek televisyen. Berbekalkan pengalaman tersebut, Dheper masih mencari 'exposure' yang lebih luas menerusi pencarian Dewi Remaja 2025. Dheper inin menonjolkan lagi bakat dan merebut peluang menempatkan diri dalam industri seni.