ARIANA

ARIANA

Sila daftar | login untuk membuat undian

0
30 Undi
Nama : Nurul Aina Adriana Musaidi Asal : Kangar, Perlis Umur : 23 Tahun Tarikh Lahir : 16 September 2002 Pendidikan : Ijazah Sarjana Muda Komunikasi dan Pengajian Media (Kewartawanan) UiTM Shah Alam Hobi : Menyanyi & bersukan Idola : Lyodra & Glenn Fredly Instagram : @arianaryry TikTok : @arianaryry
Lahir di Sandakan, Sabah dan membesar di Kangar, Perlis; Ariana dibesarkan dalam institusi keluarga yang mementingkan pendidikan. Ini memandangkan ibunya merupakan seorang guru besar di sebuah sekolah manakala bapanya pula merupakan seorang pensyarah di Institut Pendidikan Guru (IPG) Kampus Darul Aman. Sambil melanjutkan pengajian di peringkat universiti, Ariana juga menggali pengalaman untuk menjadi wartawan sukan di kem Harimau Malaya. Ariana juga sudah biasa dengan dunia lasak apabila pernah bergelar pemain sepak takraw Perlis dan kini sedang berjinak-jinak dalam sukan flat football (mirip ragbi). Dewi Remaja 2025 merupakan pengalaman sulung gadis bersuara lunak ini untuk melibatkan diri dalam industri seni dan mencedok sebanyak mungkin ilmu di samping mahukan kemenangan seperti peserta lain.