Print 50 Keping Gambar Kos RM8, Gadis Ini Ajar Buat Sendiri Guna Aplikasi Mudah

Share

Dunia semakin canggih dengan pelbagai teknologi yang memudahkan urusan seharian manusia. Kalau dulu, setiap kali gambar yang diambil perlu dihantar ke kedai untuk dicuci, harganya pun boleh tahan mahal, tapi kini hanya menggunakan aplikasi saja semua boleh settle.

Bayangkanlah kalau dulu kita cuci gambar 4R sekeping harganya dalam 70 sen, kalau 100 keping tak ke sampai RM70 kita kena bayar?

Tapi korang tak payah risau lagi sebab dah boleh dapat yang lebih murah. Dengan hanya Rm8 saja, korang boleh dapat 50 keping gambar menggunakan aplikasi @photobookww. Jimat kaw kaw kan?

Macam mana nak buat? Nah, berikut merupakan tujuh langkah yang dikongsi oleh alya_meyh

untuk menggunakan aplikasi mudah ini.

1. Kena ada apps #photobookworldwide

2. Klik dekat Photo Prints dan pilih saiz 4R

3. Pilih 50 gambar dalam smartphone korang

4. Dah pilih, korang boleh edit sendiri

5. Pilih jenis kertas yang korang nak

Gloss paper photo tu pun dah okay dan memang berbaloi-baloi

6. Dah siap, klik checkout. Then, apply voucher code #eidgift

7. Akhir sekali, bayar guna FPX dan siap!

Senang je kan? Bukan saja murah tapi menjimatkan masa korang. Tak perlu la susah-susah nak ke kedai, semuanya di hujung jari saja. Hehe..

IKLAN