Bintang terkenal K-Pop, Hoshi SEVENTEEN baru-baru ini mencuri perhatian peminat apabila menunjukkan keprihatinannya terhadap pendidikan dengan menghulurkan sumbangan besar bagi pembinaan sekolah di Zambia.

Menurut sebuah kenyataan yang dikongsikan oleh Gyeonggi Community Chest of Korea cawangan Gyeonggi Utara, Hoshi atau pemilik nama sebenar Kwon Soon Young (29) telah mendermakan wang sebanyak 100 juta Korea Won (kira-kira RM280,000) dan dana itu akan digunakan untuk membina serta menaik taraf bilik darjah di Mansansa Public School yang terletak di Ndola, Zambia.

Dalam pada itu, sekolah tersebut kini menempatkan kira-kira 350 pelajar dari peringkat tadika hingga menengah awal. Namun, hanya dua bilik darjah yang dapat digunakan sepenuhnya. Pada masa yang sama, Hoshi bersama ibu bapa beliau turut berjanji akan membina lima bilik darjah baharu dalam dua bangunan berasingan bagi memastikan pelajar mempunyai ruang pembelajaran lebih selesa dan stabil.

BACA: Seungkwan SEVENTEEN Sumbang 20 Juta Won Demi Pelestarian Warisan Dunia UNESCO Di Jeju

Prihatin Dalam Bidang Pendidikan, Hoshi SEVENTEEN Sumbang 100 Juta Korea Won Bagi Pembinaan Sekolah Di Zambia
Kredit foto: Sportschosun

Prihatin Dalam Bidang Pendidikan, Hoshi SEVENTEEN Sumbang 100 Juta Korea Won Bagi Pembinaan Sekolah Di Zambia

Ads

Tahun lalu, Hoshi turut menyumbangkan jumlah sama kepada organisasi berkenaan untuk menambah baik fasiliti di Luang Prabang Goa School, Laos menunjukkan ini bukan kali pertama beliau tampil dengan sumbangan besar. Usaha konsisten ini juga menjadikan nama beliau semakin sinonim dengan kerja amal pendidikan di peringkat global.

“Saya mahu memberi walaupun sedikit kekuatan dan galakan kepada kanak-kanak yang sedang membesar. Saya berharap para pelajar dapat menyuburkan impian mereka dalam persekitaran lebih sihat di bilik darjah baru yang akan dibina,” kata Hoshi dalam satu kenyataan.

BACA: S.Coups SEVENTEEN Teruskan Misi Kebajikan, Sumbang 50 Juta Won Sempena Ulang Tahun Kelahiran

Ads

Sejak memulakan kerjaya sebagai seorang anak seni, Hoshi aktif menyalurkan pengaruh positif melalui pelbagai sumbangan. Pada tahun 2021, beliau menjadi ahli Love Fruit Honor Society iaitu kumpulan penderma berprofil tinggi yang menyumbang lebih daripada 100 juta Korea Won. Pelantun yang popular menerusi lagu ‘Damage’ dan ‘Spider’ ini juga menyokong bantuan bencana, komuniti terpinggir serta program kanak-kanak dan belia.

Prihatin Dalam Bidang Pendidikan, Hoshi SEVENTEEN Sumbang 100 Juta Korea Won Bagi Pembinaan Sekolah Di Zambia

Ads
Prihatin Dalam Bidang Pendidikan, Hoshi SEVENTEEN Sumbang 100 Juta Korea Won Bagi Pembinaan Sekolah Di Zambia
Hoshi kini telah mendaftarkan diri dalam latihan kidmat tentera

Sementara itu, bukan hanya Hoshi, malah anggota SEVENTEEN yang lain secara keseluruhannya juga dikenali dengan kerja kebajikan global. Mereka merupakan artis K-Pop pertama dilantik sebagai UNESCO Youth Goodwill Ambassadors dan telah menubuhkan dana bernilai AS$1 juta bagi menyokong golongan muda di seluruh dunia.

Dalam perkembangan lain, pada 16 September lalu, Hoshi dilaporkan memasuki kem latihan tentera untuk memulakan khidmat wajib dalam Angkatan Tentera Korea. Beliau merupakan ahli keempat SEVENTEEN yang menjalani latihan ketenteraan selepas Jeonghan, Wonwoo dan Woozi yang mendaftar sehari sebelumnya.

BACA: SEVENTEEN Sumbang 350 Juta Won Kepada UNESCO Sempena Hari Belia Antarabangsa

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti TelegramInstagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di
Download sekarang!

KLIK DI SEENI
Ads