“Power Orang Korea Nyanyi Lagu Melayu,”- Netizen Tertanya-Tanya Siapa Hanbyul Ni?

Share

Semalam merupakan minggu kedua program Big Stage 2019 yang menyaksikan para peserta dari pelbagai negara berentap.

Walaupun kesemua peserta memberikan persembahan yang mantap namun begitu, netizen tertarik dengan persembahan terakhir yang diberikan oleh peserta dari Korea Selatan, Hanbyul.

Menyanyikan lagu Vroom Vroom yang dinyanyikan oleh Nabila Razali, penyanyi berusia 29 tahun itu berjaya memberikan nafas baru buat lagu tersebut sekaligus membuatkan orang ramai tertarik untuk mengenalinya.

Untuk pengetahuan, Hanbyul atau nama sebenarnya, Jang Hanbyul dilahirkan di Brisbane, Australia namun meluaskan kariernya sebagai penyanyi di Korea Selatan.

Pernah menjadi penyanyi untuk sebuah rock band, LEDApple mula menyertai industri pada tahun 2011 menerusi mini album, CODA.

Selain itu, Hanbyul juga aktif di laman Youtube menyanyikan lagu cover penyanyi-penyanyi lain sebelum menyertai program Big Stage.

IKLAN