Selain daripada jerawat, masalah pori terbuka juga sering membimbangkan kaum perempuan kerana mereka akan berasa tidak berkeyakinan diri. Masalah ini juga menyebabkan kulit akan tampak tidak licin dan solekan akan kelihatan tidak rata dengan rapi.

Pori Di Wajah Semakin Membesar, Atasinya Dengan Tip Do’s & Dont’s Ini!
Sumber gambar: Hello Dokter

Apabila pori semakin membesar, ia akan menghasilkan lebih banyak sebum dan terhasilnya bintik hitam. Untuk menangani masalah ini, apa kata anda lakukan Do’s dan Dont’s yang wajib anda ketahui!

Pori Di Wajah Semakin Membesar, Atasinya Dengan Tip Do’s & Dont’s Ini!
Sumber gambar: Shiny Diamonds

Do’s
• Untuk langkah yang pertama, anda disarankan untuk menggunakan produk pencuci wajah bebas sabun, lembut serta bertindak balas sempurna dengan air. Ini adalah kerana apabila menggunakan pencuci wajah yang terlalu kuat bahan kimianya yang mengeringkan wajah, ia menyebabkan kulit sakit dan meninggalkan kesan merah serta radang.

• Lenyapkan lebihan minyak pada wajah dengan menggunakan pupur jenis lumpur.

IKLAN

• Untuk memastikan kulit sentiasa sihat dan kurang kedut, anda juga boleh menggunakan produk yang mengandungi kandungan anti oksida tinggi. Bukan sekadar untuk mengecilkan liang pori, tetapi ia juga menjadikan wajah lebih licin dan bersih.

Pori Di Wajah Semakin Membesar, Atasinya Dengan Tip Do’s & Dont’s Ini!
Sumber gambar: Unilever Life

Don’ts
• Jangan memakai produk yang berciri krim yang menyebabkan kulit berminyak.

IKLAN

• Selain itu juga, buang sifat malas anda! Jangan tidur dengan solekan masih di wajah! Bukan sahaja ia menyebabkan pori tersumbat, juga menggalakkan pertumbuhan bintik hitam dan kulit kusam.

• Jika anda menggunakan penyamar noda bagi menutup kesan cela (jerawat kemerahan), menyembunyikan pori yang besar dan ton kulit yang tidak sekata, hati-hati kerana ia mungkin akan membuatkan liang pori tersumbat dan sukar untuk anda membersihkan solekan dengan sempurna.

IKLAN

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.


 

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI