‘Popcorn Tak Sempat Hangat Lagi’, Tayangan Filem Avengers: Endgame Mula Seawal 7.30 Pagi

Share

Sejak semua panggung wayang utama Malaysia mengumumkan penjualan tiket filem Avengers: Endgame, ramai yang dah tak sabar nak tunggu tayangannya yang bermula pada 24 April ini.

Dikhabarkan juga, hanya dalam beberapa jam saja selepas pengumuman dibuat, kebanyakan pawagam telah ‘fullhouse

’. Lain macam betul penangan filem Marvel kali ini.

Malah, dikatakan juga ada yang mengambil kesempatan dengan menjual semula tiket filem tersebut dengan harga RM700.

Pergh, biar betul?

Paling latest, katanya terdapat pawagam yang menayangkan filem ini seawal jam 7.30 pagi. Wah, ni kira macam lepas Subuh terus gerak pergi tengok wayang la eh? Hiks!

Respon netizen

Menurut Kakimuvee, lokasi paling awal tayangan Avengers: Endgame di Malaysia adalah di TGV Cinemas Gurney Paragon, Pulau Pinang.

Seawal 7.30 pagi korang dah boleh terus ke pawagam untuk menonton file mini. Tak perlulah nak berasak dengan orang ramai dan tahan mengantuk kalau tak larat nak tengok midnight show. Hehe!

Jangan ada spoiler

Makin tak sabar pula kami nak tonton Avengers: Endgame ni. Belum apa-apa lagi sambutan yang diterima sudah ‘gila’. Agak-agak korang berapa kutipan untuk filem ini?

IKLAN