[POLL] Warganet 50-50 Berbelah Bahagi Keputusan Mansuh UPSR

Share

 

Pengumuman Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr Radzi Jidin semalam mengenai pemansuhan peperiksaan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) daripada sistem peperiksaan negara telah mendapat respon balas yang berbelah bahagi di kalangan masyarakat di media sosial.

Selepas tiga dekad dilaksanakan sejak tahun 1988, UPSR telah menjadi satu peperiksaan yang dianggap penting bagi menentukan hala tuju pelajar yang bakal memasuki sekolah menengah.

Dengan slip keputusan itu jugalah, pelajar dinilai sama ada mereka layak untuk memasuki sekolah berasrama penuh dan institusi seperti Maktab Rendah Sains MARA (MRSM).

Foto Hiasan : Berita Harian

Justeru, keputusan memansuhkan UPSR demi mengubah sistem pendidikan negara kepada yang sistem yang berteraskan kemenjadian pelajar secara menyeluruh sedikit sebanyak telah mengejutkan masyarakat; walaupun ura-ura pemansuhan ini telah didengar sejak sedekad yang lalu.

Menerusi muat naik ke akaun Instagram Majalah Remaja semalam, respon balas warganet dilihat sedikit bercampur baur.

Bukanlah niat mereka untuk menentang atau menyokong keputusan tersebut 100 peratus. Barangkali, perasaan bercampur baur ini disebabkan rasa khuatir terhadap apakah pelan hala tuju pelajar yang akan memasuki sekolah menengah selepas ini.

Ini merupakan beberapa komen yang REMAJA rangkumkan.

*

*

Tidak Setuju

Murid sekolah rendah terutamanya murid Darjah 6 tidak lagi akan memberikan tumpuan untuk belajar bersungguh-sungguh.

 

Pemansuhan tidak adil kepada pelajar yang telah bersusah-payah bersedia untuk UPSR.

 

Negara seperti Singapura yang masih mementingkan sistem pendidikan berasaskan peperiksaan masih ke hadapan kerana subjek yang diajar bersesuaia dengan kemahiran yang diperlukan pelajar.

 

Pelajar akan berdepan ‘culture shock’ dengan sistem peperiksaan di sekolah menengah kerana tiada persediaan.

*

*

Setuju

Sistem pendidikan sekolah rendah perlu lebih menerapkan sahsiah pada peringkat awal.

 

Negara seperti Jepun menerapkan displin dan moral pada pendidikan peringkat sekolah rendah dan masih boleh berjaya setelah menamatkan persekolahan.

 

Ia akan memberi peluang kepada lebih ramai murid beragama Islam mengambil peperiksaan lain seperti SRAI dan UPKK.

 

Tapi UPSR perlulah digantikan dengan sistem ujian atau peperiksaan yang setara dengannya dari Darjah 1 hingga Darjah 6

*

REMAJA juga tertarik dengan satu komen dari seorang guru yang menyatakan pastinya Kementerian Pendidikan Malaysia ada cara dan kaedah untuk menilai murid melalui Pentaksiran Berasaskan Bilik Darjah dan kaedah penilaian selain peperiksaan.

So guys, setuju atau tidak dengan poin yang mereka bahaskan ini?

IKLAN